- Garis Panduan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK) bagi Fasiliti-fasiliti KKM
- Garis Panduan Pengendalian Bahan Psikotropik di Fasiliti KKM
- LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
- Senarai Ubat-ubatan Penting Kebangsaan (NEML)
- Code of Practice for Trade and Industry
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PENJUALAN RACUN UNTUK DICAMPUR DALAM MAKANAN HAIWAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN MENGANDUNGI RACUN DI BAWAH AKTA RACUN 1952
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima pandangan dan saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun yang dibenar untuk dicampur dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan (prophylaxis) selaras dengan senarai ‘phasing out plan antimicrobial’ oleh pihak DVS bagi lesen di bawah Akta Racun 1952 berkuatkuasa 2024.
Sehubungan itu, berikut adalah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Bahagian ini bagi permohonan pembaharuan/ baharu lesen di bawah Akta Racun 1952 bermula tarikh kuatkuasa lesen 1 Januari 2024 seperti di bawah :
- Pegawai Pelesenan tidak akan mempertimbangkan permohonan tiga (3) racun iaitu Apramycin, Bacitracin Methylene Disalicylate (BMD) dan Chlorotetracycline dalam makanan haiwan dalam permohonan Lesen Jenis B sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan penyakit (prophylaxis) seperti yang telah dicadangkan oleh pihak DVS dan seterusnya empat (4) racun iaitu Tiamulin, Trimethoprim, Virginiamycin dan Zinc Bacitracin secara berfasa bagi Lesen Jenis B berkuatkuasa tahun 2025 seperti di Lampiran A.
- Pemohon Lesen Jenis A dan Lesen Jenis B yang mengendalikan racun dalam makanan haiwan akan diminta mengemukakan Lesen Import dan/atau Sijil Pendaftaran Pembuat dan/atau Sijil Pendaftaran Penjual (yang mana berkaitan) yang masih sah sebagai dokumen sokongan tambahan semasa mengemukakan permohonan lesen di bawah Akta Racun 1952.
Keputusan untuk melarang penjualan racun dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan penyakit (prophylaxis) berdasar syor pihak DVS ini tidak akan merubah peruntukan sedia ada di bawah seksyen 19(1)(c) Akta Racun 1952 yang membenarkan doktor veterinar berdaftar menjual atau membekal semua jenis racun kecuali racun kumpulan A di bawah Akta Racun 1952 untuk tujuan digunakan dalam merawat haiwan.
Surat rasmi pemakluman kepada pihak persatuan berkaitan perkara ini adalah seperti di lampiran.
Sekian, harap maklum.
- 328 bacaan