Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan Ke-12 2024

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Isnin, 11 March 2024

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan Ke-12 Tahun 2024 pada 19 - 21 Ogos 2024 di sekitar Lembah Klang atau Putrajaya. Tema persidangan kali ini Unity for Medicine Security: Collaborative Solutions for a Safer Future.

Selari dengan tema persidangan ini, objektif utama persidangan pada kali ini adalah untuk berkongsi hasil penemuan dan penyelidikan berkaitan ubat-ubatan dan vaksin di Malaysia. Ini termasuk penyelidikan dalam fasa pembangunan ubat dan vaksin, akses ubat-ubatan dan seterusnya penjagaan farmaseutikal yang melibatkan pesakit dan pengguna. Disamping itu, persidangan ini akan menjadi platform kolaborasi antara semua pihak berkepentingan dan pemegang taruh yang terlibat dalam industri farmaseutikal di negara ini. Ini seterusnya diharap dapat memastikan keterjaminan ubat-ubatan di Malaysia dapat dicapai.

Persidangan ini memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan yang dinyatakan di bawah:

Bidang Penyelidikan

Drug Discovery & Development

Authorisation and Access of Medicine

Pharmaceutical Care

New Drug Discovery

Market access

Pharmacotherapy

Pre-clinical

Legislation

Pharmacy Services Delivery

Clinical Trial

Regulatory

Consumerism


Tarikh Akhir Penyerahan Abstrak: 30th April 2024

Bagi pegawai yang berminat untuk menyertai persidangan ini, sila layari laman sesawang https://research.pharmacy.gov.my/announcement