Konsultasi Dengan Pihak Berkepentingan Berhubung Kewajaran Dalam Mempertimbangkan Pengecualian Sediaan Oral Ibuprofen 200MG/Kurang Daripada Akta Racun 1952

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 17 Januari 2024

Matlamat Konsultasi:

Tujuan utama soal selidik ini adalah untuk mendapatkan pandangan orang awam, ahli profesional kesihatan, serta pihak industri berhubung kewajaran untuk mengecualikan kawalan di bawah Akta Racun 1952 ke atas sediaan mengandungi ibuprofen daripada racun Kumpulan C kepada bukan racun.

Soal selidik ini juga bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan orang awam dan pihak berkepentingan berhubung penggunaan ibuprofen.

Program Perkhidmatan Farmasi amat mengalu-alukan sebarang maklum balas terhadap soal selidik ini. Maklum balas daripada kaji selidik ini akan digunakan dalam mempertimbangkan cadangan pengecualian kawalan di bawah Akta Racun 1952 ke atas Ibuprofen.

Sila layari pautan berikut untuk menyertai konsultasi ini:


https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/work/upc/shareThumbnail/FARMASI801.csp?$NAMESPACE=UPC&redirPage=regulation&redRegId=801&redId=2%C2%AEId=801