- Panduan Pengendalian Latihan Provisional Ahli Farmasi Berdaftar Provisional (PRP) Secara Liberalisasi Di Bawah Lembaga Farmasi Malaysia
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Senarai Borang Urusan Pentadbiran di Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi
- Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2024
Salam Tuan/Puan,
a) Permohonan pembaharuan dalam sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) akan dibuka pada 1 Oktober 2023 sehingga 31 Disember 2023. Permohonan pembaharuan bagi lesen/permit berkuatkuasa 2024 hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan dan pemohon hendaklah memastikan permohonan adalah lengkap. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuat naik ke dalam sistem bagi melengkapkan permohonan.
b) Permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 akan menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Hanya maklumat-maklumat di bawah sahaja yang boleh dibuat pindaan melalui menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Berikut adalah pesanan penting yang perlu diambil perhatian semasa membuat permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952.
Senarai tindakan yang mesti dibuat sebelum menghantar permohonan:
Bil | Butiran | Tindakan Mesti Dibuat
|
1. | Kemaskini alamat kediaman terkini
| Kemaskini maklumat di menu profil terlebih dahulu sebelum menekan menu pembaharuan lesen/permit
|
2. | Kemaskini nombor Lesen Perniagaan
| Kemaskini mesti dibuat semasa mengisi borang pembaharuan sebelum permohonan dihantar. |
3. | Kemaskini nombor Sijil Amalan Tahunan Farmasi | |
4.
| Kemaskini senarai racun bagi Lesen Jenis B | |
5.
| Kemaskini kuantiti NaOH dan kegunaan NaOH |
c) Maklumat-maklumat lain tidak boleh dibuat pindaan menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Sekiranya ada maklumat lain yang memerlukan pindaan untuk lesen/permit dengan tarikh kuatkuasa 2024 seperti pertukaran jenis lesen atau kategori lesen, perubahan alamat premis utama, perubahan butiran syarikat seperti nombor pendaftaran syarikat/nama syarikat/jenis syarikat atau perniagaan dan perubahan papan tanda premis serta pertukaran pemohon/pemegang lesen, pemohon perlu memohon dalam menu permohonan baru lesen/permit pada 1 Januari 2024 bagi lesen/permit berkuatkuasa tahun 2024.
Sekian, terima kasih.
Support Team
Sistem My.Pharma-C
- 4571 bacaan