Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Borang Pemakluman Pembangunan ICT
Pembentukan Jawatankuasa Teknikal ICT dan Jawatankuasa Induk ICT BPF pada tahun 2011 bertujuan untuk menetap dan menyelaras hala tuju serta strategi pelaksanaan program/ projek ICT di bawah Program Perkhidmatan Farmasi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan keseragaman, kecekapan dan keberkesanan serta mengelakkan persamaan fungsi bagi setiap pembangunan projek ICT yang digunakan dalam aktiviti Farmasi.
Sehubungan dengan itu, sebarang pembangunan baru, peluasan dan naik taraf sebarang projek ICT melibatkan sistem, portal dan aplikasi telefon pintar PERLU mendapatkan kelulusan daripada kedua-dua jawatankuasa ini terlebih dahulu.
Semua permohonan pembangunan baru/ peluasan/ naik taraf projek ICT berkaitan farmasi daripada fasiliti /cawangan di negeri PERLU dinilai dan mendapat kelulusan di peringkat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri sebelum dimajukan untuk kelulusan peringkat Program.
Prosedur Permohonan bagi Perkhidmatan Farmasi, Borang Pemakluman Pembangunan ICT dan Kertas Kerja Permohonan Pembangunan ICT yang dilampirkan boleh dimuat turun.
Sila hantar borang tersebut kepada:
Cawangan Teknologi Maklumat & Informatik Farmasi
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz (Jalan Universiti)
46200, Petaling Jaya, Selangor
- 6192 bacaan