- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Dokumen Permohonan Cuti Belajar
URUSAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | |||||||
1. | Cuti Belajar (dalam Perintah Am Bab C 1974) disebut sebagai Cuti Berkursus bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa, sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau dengan tajaan persendirian. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi. | ||||||
2. | Kategori cuti belajar yang diluluskan bagi Pegawai Kategori Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi skim perkhidmatan Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:
| ||||||
3. | Pegawai hanya dibenarkan memohon bidang kursus yang telah tersenarai sahaja untuk pertimbangan Program Perkhidmatan Farmasi (Rujuk Lampiran Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan bagi tahun semasa). | ||||||
4. | Permohonan naik taraf daripada Sarjana kepada Ph.D adalah tidak dibenarkan bagi pegawai yang sedang dalam pengajian. | ||||||
5. | Syarat-syarat tambahan, selain daripada yang dinyatakan di dalam Lampiran Syarat Cuti Belajar Program Perkhidmatan Farmasi adalah terpakai untuk semua jenis permohonan Cuti Belajar (CBBP Dengan HLP, CBBP Tanpa HLP, CBBP Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing dan CBTG). | ||||||
6. | Semua permohonan Cuti Belajar (CBBP Dengan HLP, CBBP Tanpa HLP, CBBP Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing dan Cuti Belajar Tanpa Gaji) perlu dipohon melalui iklan Tawaran A yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia. | ||||||
7. | Pegawai dinasihatkan untuk mengemukakan dokumen yang lengkap semasa membuat permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk proses selanjutnya. | ||||||
Cuti Belajar Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing
| |||||||
8. | Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM seperti berikut: | ||||||
|
|
- 36420 bacaan