Drug Utilization in the treatment of Diabetes Mellitus in the Ministry of Health facilities

Drug Utilization in the treatment of Diabetes Mellitus in the Ministry of Health Malaysia facilities

Diabetes Mellitus (DM) adalah satu penyakit kronik  utama di Malaysia yang berpotensi menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih serius. Jumlah pesakit Diabetes Mellitus di Malaysia meningkat pada kadar yang membimbangkan. Selain itu juga, kos yang perlu dibelanjakan untuk merawat penyakit ini adalah tinggi.

Rentetan daripada itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menjalankan kajian "Drug Utilization in the Treatment of Diabetes Mellitus in the Ministry of Health Facilities". Fokus kajian tersebut adalah untuk mengenalpasti pola penggunaan ubat dalam merawat Diabetes Mellitus serta tahap kepatuhan pesakit diabetes terhadap terapi ubat-ubatan mereka. Penerbitan laporan ini adalah relevan dengan tahap kesihatan di Malaysia masa kini dengan penekanan kepada beban yang perlu ditanggung dalam merawat penyakit Diabetes Mellitus ini di Malaysia.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: