Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia

Formulari Ubat KKM merupakan rujukan utama bagi senarai ubat-ubatan yang diguna pakai di institusi-institusi kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 

FUKKM adalah suatu pendekatan dasar dan pentadbiran untuk mengawal dan menggalakkan  penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkualiti di semua hospital, klinik dan institusi KKM. Dengan itu, perbelanjaan yang digunakan untuk perolehan ubat dapat dikawal dan peruntukan kewangan yang ada digunakan secara optimum.

Ubat-ubatan dalam FUKKM disenaraikan mengikut nama generik. Penggunaan nama generik ketika menulis preskripsi adalah diwajibkan di semua hospital, klinik dan institusi KKM. 

Kategori preskriber yang boleh memulakan preskripsi:

A*

Pakar Perunding / Pakar bagi Indikasi yang Spesifik sahaja

A

Pakar Perunding / Pakar

A/KK

Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga

B

Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan

C

Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / #Anggota Paramedik

C+

Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / #Anggota Paramedik/ #Anggota Paramedik Perbidanan

Nota: Bagi bidang pergigian, Pakar Perunding Kanan/Pakar Perunding serta Pegawai Perubatan Pergigian adalah termasuk dalam kategori preskriber seperti di atas namun hanya bagi ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan pergigian.

#Kumpulan Paramedik: Hanya boleh membekalkan ubat dengan/tanpa preskripsi dan tidak dibenarkan untuk menulis preskripsi berdasarkan surat Pemberian Kuasa di Bawah Peraturan 23A [No. Ruj: KKM.600-12/4/6 Jld. 2 (19) bertarikh 31 Oktober 2018].

Guidelines for Submission of Dossier for Listing Medicines into MOH Medicines Formulary Third Edition (klik di sini) perlu dirujuk bagi penyenaraian ubat-ubatan ke dalam FUKKM. Bagi cadangan pengemaskinian, Borang Cadangan Pengemaskinian Maklumat FUKKM (klik di siniboleh dikemukakan secara atas talian kepada pihak sekretariat FUKKM.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyenaraian ubat ke dalam FUKKM, boleh dimajukan kepada Sekretariat FUKKM melalui emel: cpfor@moh.gov.my  

PENAFIAN

Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) dalam laman web ini adalah sumber rasmi untuk maklumat ubat yang diluluskan oleh Panel FUKKM. Fasiliti KKM adalah disarankan untuk menggunakan maklumat dalam laman web ini bagi memastikan maklumat yang tepat dan terkini.

KKM tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat yang diperoleh dari sumber yang tidak sah. Pengguna adalah digalakkan untuk melaporkan sebarang percanggahan maklumat antara laman web ini dan platform lain kepada pihak kami di alamat e-mel cpfor@moh.gov.my. Penggunaan maklumat dari sumber yang tidak sah adalah atas risiko pengguna sendiri.

Kategori dokumen: 
Rujukan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon FUKKM BIL 2-20242.03 MB