Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
Polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan pesakit yang telah stabil boleh didiscaj/dirujuk keluar ke fasiliti kesihatan KKM (hospital atau klinik kesihatan) yang berhampiran bagi meneruskan rawatan.
Proses rujukan ini hendaklah menggunakan borang rujukan yang seragam bagi memudahkan rawatan pesakit diteruskan (termasuk bekalan ubat-ubatan) di fasiliti baharu.
Oleh yang demikian, pengendalian surat rujukan dan pembekalan ubat kepada pesakit adalah penting memandangkan bukan semua fasiliti yang dirujuk menyimpan ubat-ubatan tertentu sebagai stok.
Garis panduan ini adalah versi yang telah dikemaskini daripada garis panduan yang telah dikeluarkan pada Mei 2016.