Garis Panduan Permohonan Memperolehi dan Menggunakan Ubat-ubatan yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF)

PENGENALAN

Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) merupakan senarai ubat-ubatan yang telah diluluskan untuk digunakan di fasiliti-fasiliti KKM. FUKKM bertujuan untuk memberi panduan kepada preskriber bagi mempreskripsi ubat-ubatan yang berkesan, kos efektif serta selamat. FUKKM juga bertujuan mengawal dan mengoptimakan peruntukan ubat-ubatan kerana penyenaraian ubat-ubatan ke dalam FUKKM dilakukan secara evidence based.

Penggunaan ubat-ubatan yang terdapat dalam formulari adalah selaras dengan amalan klinikal baik seperti yang telah dinyatakan dalam Dasar Ubat Nasional. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat-ubatan yang tidak tersenarai dalam FUKKM adalah diperlukan dalam keadaan tertentu sebagai rawatan terakhir selepas menggunakan kesemua ubat-ubatan yang tersenarai dalam FUKKM dan/atau pesakit mengalami kesan advers dengan ubat-ubatan tersebut. 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan