- Borang Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
- Panduan Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Panduan Program Pematuhan Dalaman (ICP) Bagi Pemegang Lesen Jenis A dan B di bawah Akta Racun 1952
- Senarai Semak Pemeriksaan Premis Berlesen Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) adalah jurnal peer-reviewed yang diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jurnal ini merupakan salah satu daripada inisiatif kami untuk berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman anggota farmasi semasa mengendalikan projek Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (QIIs). Dengan demikian, jurnal ini dapat menggalakkan dan mendorong lebih ramai anggota profesional farmasi untuk mengambil bahagian dalam menjalankan inisiatif penambahbaikan berasaskan kualiti bagi menyumbang dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Senarai Artikel Terbaharu
Berikut merupakan senarai artikel dalam Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives Volume 5, Issue 1 (July) 2026:
- Reducing The Percentage Of Inappropriate Tramadol Prescribing In The Emergency & Trauma Department Of Hospital Tuanku Ampuan Najihah - online first - 19 June 2026
- Reducing The Percentage Of Near Miss Chemotherapy Errors In Oncology Department Of Hospital Kuala Lumpur - online first - 13 July 2026
- Meningkatkan Kecekapan Kerja Dan Pencarian Maklumat Pegawai Farmasi Melalui Penggunaan Pharmacotherapy Quick Reference - online first - 22 July 2026
Isu Supplemen
Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives Volume 5, Issue 1 (Supplementary) 2026 diterbitkan sebagai edisi khas yang memuatkan 16 abstrak QIIs farmasi sempena Symposium for Pharmacy Enforcement (RISE) 2026.
***
Buat masa sekarang, jurnal PharmQIIs menerima Laporan Peningkatan Kualiti (QIR) bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), projek inovasi, Quality Assurance (QA) dan pendekatan Lean.
Bagi pihak yang berminat untuk menerbitkan Laporan Penambahbaikan Kualiti (QIR) atau berminat untuk menjadi peer reviewer bagi Jurnal PharmQIIs, sila layari pautan berikut:
atau
kemukakan soalan anda kepada Ketua Editor melalui e-mel pikf_dpsf@moh.gov.my
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 1019.75 KB | |
| 629.2 KB | |
| 856.36 KB | |
| 540.73 KB | |
| 3.57 MB | |
| 2.94 MB | |
| 4.93 MB | |
| 4.18 MB | |
| 1.51 MB | |
| 2.39 MB |
- 1104 bacaan




