- Syarat-syarat Melakukan Lokum dan Carta Alir Proses Permohonan Lokum
- Buku Log Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Edisi Kedua)
Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Pharmacy Research Priorities in Malaysia-PRPM) diterbitkan untuk memberi panduan kepada aktiviti penyelidikan farmasi ke arah penjanaan bukti yang relevan dengan keutamaan kesihatan negara. Penetapan bidang-bidang keutamaan bagi penyelidikan farmasi adalah amat penting untuk penyelarasan aktiviti penyelidikan, merapatkan jurang pengetahuan, memaksimumkan penggunaan sumber dan menyokong pembangunan polisi kesihatan yang baru. Dokumen PRPM Edisi Pertama telah diterbitkan pada tahun 2018. Bagi memastikan bahawa PRPM sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan sektor penjagaan kesihatan, keutamaan penyelidikan tersebut telah dinilai semula. Sebanyak lapan domain keutamaan penyelidikan telah dikenal pasti dalam dokumen PRPM Edisi Kedua, iaitu:
- Medicine Development
- Access to Medicines
- Impact of Pharmacotherapy Optimisation
- Impact of pharmacy Services
- Medicine Consumerism
- Digital-in-health
- Governance
- Capacity and Capability Building
Domain-domain keutamaan penyelidikan tersebut adalah relevan kepada semua institusi yang menjalankan penyelidikan farmasi di Malaysia. Sehubungan itu, penyelidik-penyelidik dan organisasi kesihatan adalah digalakkan untuk mempertimbangkan keutamaan penyelidikan tersebut semasa merancang aktiviti-aktiviti penyelidikan.
Lampiran | Saiz |
---|---|
Pharmacy Research Priorities in Malaysia (Second Edition) | 3.61 MB |
Pharmacy Research Priorities in Malaysia | 1.39 MB |
- 5422 bacaan