Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
MODUL LATIHAN FARMASI LOGISTIK – PENGENALAN ASAS PENGURUSAN FARMASI LOGISTIK

Pengurusan farmasi logistik yang cekap dan teratur memainkan peranan yang amat penting bagi menjamin bekalan perubatan yang sentiasa mencukupi, memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memastikan kesinambungan dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.
Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi dan Jawatankuasa Farmasi Logistik mengambil inisiatif untuk menghasilkan Modul Latihan Farmasi Logistik bagi memastikan penyampaian yang dibuat adalah seragam. Dalam modul ini, anggota akan diberikan pendedahan yang komprehensif mengenai pengurusan am, pengurusan kewangan dan perolehan, pengurusan stor, pemeriksaan dan pembekalan stok, pemantauan dan penilaian perkhidmatan.
Sebagai langkah bagi memudahkan pelaksanaan latihan di lapangan, modul tersebut telah dihasilkan secara berpakej merangkumi salinan slaid latihan, panduan penceramah serta video pembentangan bagi memastikan penyampaian maklumat yang konsisten kepada anggota. Penyediaan modul dalam bentuk video juga membolehkan pelaksanaan latihan secara kendiri boleh diakses melalui bit.ly/ML-CPFL.