Pain Pharmacotherapy Services: Guideline For Pharmacy 3rd Edition

Garis panduan ini memberikan maklumat komprehensif berkenaan peranan dan tanggungjawab pegawai farmasi dalam pengurusan kesakitan serta jenis perkhidmatan farmakoterapi kesakitan yang disediakan bagi memastikan penjagaan farmaseutikal pesakit yang optimum. Aliran kerja untuk setiap jenis perkhidmatan farmakoterapi kesakitan diperincikan dengan jelas dalam garis panduan ini bagi memastikan amalan yang seragam di semua fasiliti kesihatan.

Pegawai farmasi sebagai ahli pasukan multidisiplin kesihatan dapat menyumbangkan pelbagai peranan seperti penyampaian rekomendasi klinikal, penglibatan dalam projek inisiatif kualiti serta lain-lain aktiviti teknikal untuk menambahbaik pengurusan kesakitan.

 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan