Panduan Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) 2023

Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) merupakan pemeriksaan bebas yang terperinci yang dilakukan ke atas prosedur, peraturan dan langkah kawalan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Prosedur penting ini akan membantu pihak pengurusan memantau pelaksanaan polisi-polisi organisasi, prosedur serta peraturan di peringkat fasiliti.

Panduan ADAF 2023 ini diterbitkan susulan dari pindaan dan pengemaskinian bagi Panduan ADAF Tahun 2022, serta dijadikan sebagai panduan kepada juruaudit untuk menjalankan aktiviti ADAF di fasiliti KKM. Selain itu, panduan ini dapat dimanfaatkan oleh Penyelaras ADAF Negeri dalam memantau pelaksanaan aktiviti ADAF di negeri masing-masing. Fasiliti kesihatan juga boleh menggunakan panduan ini sebagai rujukan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dari masa ke masa.

Sebarang pertanyaan berkaitan panduan ini boleh dikemukakan kepada kami di alamat seperti yang berikut:

Seksyen Koordinasi
Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
No Tel: 03- 7841 3200 ext. 3388/3330

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon Panduan ADAF 20231017.05 KB