PANDUAN PERMOHONAN LESEN JENIS A/ B/ E DAN PERMIT NATRIUM HIDROKSIDA/ BAHAN PSIKOTROPIK

Lesen/ permit ini dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi di peringkat negeri:

  1. Lesen Jenis A: dikeluarkan kepada ahli farmasi berdaftar untuk mengimport, menyimpan, dan berurusan dengan semua jenis racun secara borong dan runcit atau borong sahaja atau runcit sahaja.
  2. Lesen Jenis B: dikeluarkan kepada individu yang berkelayakan (fit and proper) atau kepada pegawai yang bertanggungjawab di dalam sesebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 untuk mengimport, menyimpan dan menjual secara borong racun (bukan racun kumpulan A) sebagaimana yang ditetapkan di dalam lesen.
  3. Lesen Jenis E: dikeluarkan kepada individu yang mana di dalam urusan perniagaannya menggunakan Natrium Hidroksida dalam kuantiti yang difikirkan munasabah oleh Pegawai Pelesenan untuk mengimport, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida tersebut.
  4. Permit Membeli, Menyimpan dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH): dikeluarkan kepada individu untuk tujuan membeli, menyimpan, dan menggunakan Natrium Hidroksida untuk tujuan yang dinyatakan di dalam permit.
  5. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Methadone & Buprenorphine): dikeluarkan kepada pengamal perubatan berdaftar yang menggunakan Methadone dan/atau Buprenorphine dalam rawatan Terapi Gantian Opioid.
  6. Permit Membeli Dan Mengguna Bahan Psikotropik (Untuk Kegunaan Industri): dikeluarkan kepada profesional atau tradesman bagi tujuan tugasnya sahaja.
  7. Permit Membeli Dan Mengguna Bahan Psikotropik (Pengurusan Hidupan Liar): dikeluarkan kepada individu yang berhasrat untuk membeli dan mengguna bahan psikotropik untuk tujuan pengurusan hidupan liar.
Kategori dokumen: 
Garis Panduan