Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)

Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development – CPD)

Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) ialah usaha bersepadu untuk memastikan para profesional kesihatan sentiasa mengukuhkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan profesional. Pendekatan ini berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran sepanjang hayat dan hala tuju kerjaya.

Keperluan ini penting memandangkan bidang perubatan sentiasa berkembang melalui penyelidikan, penemuan dan inovasi baharu. Justeru, profesional kesihatan perlu terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar kekal kompeten serta mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Akreditasi CPE (Continuous Pharmacy Education)

Kepentingan Pemantauan Penganjur Aktiviti

Bagi memastikan kompetensi anggota farmasi sentiasa selari dengan perkembangan semasa, kredibiliti penganjur aktiviti CPE (CPE Provider) luar perlu dipantau secara berterusan. Langkah ini penting untuk memastikan aktiviti yang dijalankan adalah bermanfaat, tidak bias dan tiada unsur pengaruh kepada penggunaan/pembelian/pengedaran sebarang perkhidmatan atau produk yang mempunyai kepentingan komersial (commercial interest). Justeru, proses akreditasi penganjur aktiviti CPE adalah kritikal bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah berkualiti, memenuhi objektif pembelajaran serta mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Rujukan Garis Panduan Akreditasi CPE

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM telah menerbitkan Garis Panduan Pelaksanaan Akreditasi Continuous Pharmacy Education (CPE) di Fasiliti Farmasi KKM Edisi 2 (Tahun 2025) sebagai rujukan kepada anggota farmasi dalam melaksanakan proses akreditasi CPE di fasiliti masing-masing.

Dokumen tersebut boleh dirujuk melalui pautan berikut: https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/garis-panduan-akreditasi-continuous-professional-education-cpe-fasiliti-farmasi-kkm-edisi-2-terbitan.html

Pembelajaran Berterusan Secara Dalam Talian (CE Online)

Selain pembelajaran fizikal, pegawai boleh mengikuti Continuous Education (CE) secara dalam talian dengan lebih fleksibel dari mana-mana lokasi. 

Portal CE dalam talian: FreeCE.com  | Medscape | MIMS Malaysia | Pharmacist.com | Pharmacy Times | Power-Pak Communications | PRIME Education | US Pharmacists

Maklumat Tambahan dan Dokumen Berkaitan

Dokumen-dokumen berkaitan pelaksanaan aktiviti CPD dan tuntutan mata CPD boleh didapati seperti dalam lampiran di bawah dan dirujuk melalui pautan berikut:

1. Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Tuntutan Mata CPD Program Perkhidmatan Farmasi

    https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/soalan-soalan-lazim-faq-berkaitan-tuntutan-mata-cpd-program-perkhidmatan-farmasi.html)

2. Siri Panduan Infografik Berkaitan Tuntutan Mata CPD

     https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/siri-panduan-infografik-berkaitan-tuntutan-mata-cpd.html

Kategori dokumen: 
Garis Panduan