Penempatan dan Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM

Urusan penempatan dan pertukaran bagi Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia

 

1.

Pelaksanaan urusan penempatan dan pertukaran bagi Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling dan Surat Pemberitahuan seperti berikut:

 

 

(i)

Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023 (SPKSU KKM Bil. 1/2023) Bertarikh 23 Februari 2023 – Dasar dan Prosedur Penempatan dan Pertukaran Pegawai di Kementerian Kesihatan Malaysia https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/styles/size1000/public/baru_0.gif?itok=jl4EuNOd.

 

 

(ii)

Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2017 (SPPF KKM Bil. 7/2017) Bertarikh 22 Disember 2017 - Panduan dan Kriteria Penempatan/ Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM.

 

 

(iii)

Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018 (SPKSU KKM Bil. 3/2018) Bertarikh 3 Oktober 2018 - Pemanjangan Pelaksanaan Penurunan Kuasa Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi Gred 48 Hingga 54 (Bukan Pakar) di Jabatan Kesihatan Negeri.

 

2.

Bagi urusan permohonan pertukaran, Pegawai Farmasi perlu merujuk kepada panduan terkini seperti di bawah:

 

 

(i)

Surat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM Bertarikh 11 Disember 2020  - Perluasan Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Melalui Aplikasi HRMIS bagi Semua Skim Perkhidmatan di KKM berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.

 

Pautan Panduan Pertukaran Melalui Aplikasi HRMIS di Portal Rasmi Bahagian Sumber Manusia (BSM), KKM:

https://humanres.moh.gov.my/v2/uploads/0a165d1c-96a9-502b.pdf

 

 

(ii)

Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2021 (SPPF KKM Bil. 3/2021) Bertarikh 30 November 2021 - Panduan Tambahan bagi Permohonan Pertukaran Pegawai Farmasi Melalui Aplikasi HRMIS. 

 

3.

Keputusan permohonan pertukaran ke luar Negeri/ Wilayah/ Institusi yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM akan dimaklumkan oleh BSM, KKM di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh disemak melalui aplikasi Sistem Semakan Kerjaya seperti pautan di bawah.

 

Aplikasi Sistem Semakan Kerjaya: 

https://semakerjaya.moh.gov.my/semakan.php

 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan