- Syarat-syarat Melakukan Lokum dan Carta Alir Proses Permohonan Lokum
- Buku Log Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi (A&P) bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju. Terdapat lima Cawangan yang beroperasi di bawah pengawasan Bahagian A&P Farmasi, iaitu Cawangan Penjagaan Farmaseutikal, Cawangan Pengurusan Harga Ubat, Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik, Cawangan Penggunaan Ubat Berkualiti dan Cawangan Pengurusan Formulari.
Cawangan-cawangan
Cawangan Penjagaan Farmaseutikal
- Merancang polisi, keperluan latihan dan pelan tindakan berkaitan dengan amalan penjagaan farmaseutikal bersesuaian dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi.
- Merancang dan memperkasakan pelaksanaan aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan selari dengan perkembangan semasa.
- Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal di fasiliti KKM bagi memastikan pesakit mendapat penjagaan farmaseutikal yang optima dan berkesan.
- Merancang dan memperkasakan pelaksanaan aktiviti farmasi dalam Program Rawatan Gantian Methadon di fasiliti dalam dan luar KKM bagi memastikan perluasan dan keberkesanan Program Pengurangan Kemudaratan.
- Merancang dan memperkasakan perlaksanaan aktiviti pemantauan penggunaan antimikrobial dan ubat-ubatan tertentu serta berkolaborasi dengan Bahagian dan agensi lain bagi memastikan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan mencegah kerintangan antimikrob.
- Menguruskan sistem pelaporan kesilapan pengubatan (Medication Error Reporting System- MERS) di Malaysia.
- Memperkukuhkan aktiviti keselamatan pengubatan di fasiliti-fasiliti kesihatan.
- Menyelaras pemantauan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa-jawatankuasa dalam amalan penjagaan farmaseutikal bagi memperkembangkan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan farmasi di fasiliti KKM.
- Merancang dan menyelaras penyediaan modul-modul latihan sangkutan jangka pendek Pegawai Farmasi, lantikan pusat latihan dan preseptor berkaitan amalan penjagaan farmaseutikal bagi memantap dan meningkatkan kemahiran anggota farmasi agar penyampaian perkhidmatan penjagaan farmaseutikal setanding dengan kemajuan terkini bagi memenuhi keperluan rawatan semasa.
- Menguruskan permohonan latihan sangkutan jangka pendek Pegawai Farmasi dari luar negara, fasiliti bukan KKM dan pihak swasta di fasiliti KKM.
- Merancang dan menyelaras penyediaan, penerbitan dan pengemaskinian garis panduan dan protokol berkaitan aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal di fasiliti KKM bagi menjamin kualiti dan keseragaman dalam penyampaian perkhidmatan.
Cawangan Pengurusan Formulari
- Merancang polisi dan pelan tindakan berkaitan akses kepada ubat bagi Formulari Ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) dan Ubat Kelulusan Khas.
- Menyedia dan menambah baik garis panduan dan polisi berkaitan akses kepada ubat dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.
- Menyelaras perbincangan dan mesyuarat yang melibatkan polisi berkaitan FUKKM.
- Merancang dan menjalankan penilaian ubat dari aspek keberkesanan, keselamatan dan ekonomi bagi menyediakan input teknikal kepada pembuat keputusan untuk membantu proses pemilihan ubat bagi penyenaraian ke dalam FUKKM.
- Menyelaras dan menguruskan akses kepada ubat-ubatan yang tidak tersenarai dalam FUKKM dan/atau tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi memastikan akses pesakit terhadap pilihan rawatan yang baharu
Merancang dan menjalankan usahasama sektor awam-swasta dalam usaha meningkatkan akses terhadap ubat-ubatan bagi majoriti rakyat Malaysia.
Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik
- Memantau peruntukan, perbelanjaan dan kedudukan semasa inventori iaitu ubat, vaksin, bukan ubat dan reagen.
- Menyelaras dan memantau aktiviti pengurusan stor di fasiliti KKM.
- Menyelaras aktiviti kesiapsiagaan bagi memastikan perkhidmatan farmasi dapat berjalan lancar dan sempurna di semua peringkat operasi.
- Menyelaras bekalan ubat untuk rawatan kusta yang diperolehi daripada WHO.
- Merancang dan menyelaras keperluan proses tender ubat-ubatan KKM.
- Melaksanakan penilaian teknikal dalam pengurusan tender ubat-ubatan KKM.
- Memantau pembekalan kontrak ubat yang sedang berkuatkuasa serta isu-isu yang berkaitan dengan kontrak semasa.
- Merancang dan menyelaras keperluan ubat-ubatan di bawah senarai konsesi.
- Melaksanakan penilaian teknikal dalam pengurusan ubat-ubatan di dalam senarai konsesi.
- Memantau pembekalan ubat di bawah senarai konsesi serta isu-isu yang berkaitan.
Cawangan Pengurusan Harga Ubat
- Merancang, memantau dan melaksanakan dasar, polisi dan pelan tindakan berkaitan dengan pengurusan dan penetapan harga ubat-ubatan di Malaysia.
- Merancang dan mengurus pangkalan data harga ubat-ubatan daripada setiap peringkat rantaian pengedaran di sektor awam dan swasta di Malaysia serta dari sumber-sumber negara lain sebagai maklumat asas/ rujukan harga ubat-ubatan.
- Merancang dan menyelaras aktiviti pemantauan harga ubat-ubatan di sektor awam dan swasta.
- Melaksanakan kajian dan analisa harga ubat-ubatan bagi menentukan harga ubat yang menguntungkan kerajaan dalam proses perolehan KKM dan penyenaraian FUKKM melalui aktiviti penilaian kewangan kepada bahagian lain di KKM, badan berkanun dan institusi kerajaan yang lain.
- Merancang, memantau dan menyelaras pelan komunikasi strategik berkaitan dasar dan polisi harga ubat-ubatan melibatkan stakeholder, aduan, maklum balas parlimen, media massa dan lain-lain.
- Mengurus akses dan penyebaran informasi harga ubat-ubatan kepada pengguna melalui aplikasi dan portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi bagi memberi pilihan bermaklumat ubat-ubatan yang mampu milik kepada rakyat.
- Menyelaras aktiviti dan kolaborasi dengan badan antarabangsa seperti WHO berkenaan dengan dasar harga ubat mampu milik dan lain-lain agar selari dengan keperluan antarabangsa.
Cawangan Penggunaan Ubat Berkualiti
- Memperkukuh aktiviti maklumat ubat dan pendidikan pengguna berkaitan ubat-ubatan.
- Memberi pendidikan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat secara berkualiti.
- Menyedia maklumat ubat-ubatan yang tepat, relevan dan tidak berat sebelah.
- Meningkatkan akses maklumat ubat-ubatan kepada orang awam.
- Mempromosi penggunaan ubat secara berkualiti melalui pelbagai media.
- Menjalinkan usaha kolaborasi dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan penyebaran maklumat berkaitan penggunaan ubat secara berkualiti.
- Menjalankan aktiviti pendidikan dan pemerkasaan masyarakat tentang ubat-ubatan bagi memastikan penggunaan ubat secara rasional, di samping memastikan kesinambungan rawatan pesakit (continuity of care) dalam komuniti.
- Memantau dan membuat analisis pelaksanaan Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-ubatan di Rumah [Home Medication Review (HMR)] bagi memastikan pengurusan ubat-ubatan yang sesuai, selamat dan bijak oleh pesakit atau penjaga di rumah atau pusat jagaan.
- Merancang dan memantau langkah intervensi yang berkesan bagi meningkatkan kepatuhan pesakit kepada rawatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi keutamaan kepada penggunaan ubat- ubatan yang berkualiti.
Seksyen Koordinasi Amalan & Perkembangan
- Menguruskan dan memantau peruntukan dan perbelanjaan Bahagian A&P Farmasi untuk mengoptimakan sumber kewangan.
- Menyelaras dan memantau peruntukan dan pelaksanaan Pelan Operasi Latihan Bahagian A&P Farmasi agar dilaksanakan seperti yang telah dirancang.
- Menyelaras dan memantau pencapaian aktiviti kualiti Bahagian A&P Farmasi seperti key performance indikator, piagam pelanggan dan ISO agar perkhidmatan farmasi yang berkualiti dapat diberikan.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Audit Dalam Amalan farmasi (ADAF) bagi memastikan semua fasiliti farmasi mematuhi standard amalan farmasi yang ditetapkan.
- Menyelaras dan memantau pengurusan sumber manusia yang melibatkan Bahagian A&P Farmasi untuk memastikan perkhidmatan farmasi berjalan lancar dengan sumber manusia yang mencukupi.
- Menyelaras dan memantau pencapaian Pelan Strategik Farmasi dan Pelan Tindakan DUNas yang melibatkan aktiviti Bahagian A&P Farmasi agar selari dengan hala tuju Pelan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mengurus dan menyelaraskan Pelan Tindakan Bahagian A&P Farmasi agar selari dengan perancangan Pelan Strategik Farmasi dan Pelan Tindakan DUNas.
- Menyelaras dan memantau pengurusan pembangunan dan perolehan aset yang melibatkan Bahagian A&P Farmasi bagi memastikan persediaan fasiliti farmasi adalah mencukupi mengikut keperluan.
- Menyelaras dan memantau penyediaan maklumbalas dari Bahagian A&P Farmasi bagi sebarang aktiviti di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi, kementerian dan agensi luar bagi memastikan maklumbalas yang dikemukakan adalah tepat dan dalam tempoh masa yang dikehendaki.
- Merancang dan memantau pelaksanaan perkhidmatan Pusat Maklumat Ubat & National Pharmacy Call Centre (NPCC) bagi meningkatkan akses maklumat ubat-ubatan disamping menyedia maklumat ubat-ubatan yang tepat, relevan dan tidak berat sebelah.
- Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti bagi Sistem Pembekalan bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT).
- Menguruskan sumbangan ke dalam Akaun Amanah Pembiayaan Kos Rawatan, Ubat-Ubatan dan Peralatan bagi Rawatan Pesakit Kanser, merancang perbelanjaan dan menguruskan perolehan ubat dan alat perubatan bagi rawatan penyakit kanser untuk pesakit yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
- 54874 bacaan