Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi

Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi bertanggungjawab untuk;

  • Merancang dan menyelaras aktiviti farmasi supaya selari dengan Dasar Ubat Nasional (DUNas) dan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia serta penyelarasan isu-isu berkaitan dasar, aduan dan perhubungan intra agensi dan inter agensi.
  • Merancang pengurusan keperluan sumber manusia dan kompetensi Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi di seluruh negara supaya lebih efisen dan cemerlang.
  • Menyelaras dan memantau pembangunan & infrastruktur farmasi dan sistem kualiti perkhidmatan farmasi di fasiliti kesihatan KKM.
  • Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti - aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi Program Perkhidmatan Farmasi.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan prasarana ICT, keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan / rangkaian / bilik server dan perisian ICT jabatan.
  • Menyelaras dan melaksanakan pengurusan perkhidmatan, pengurusan aset dan stor, pengurusan perolehan, pengurusan kenderaan serta pengurusan fail dan dokumen bagi anggota di Program Perkhidmatan Farmasi.
  • Menyelaras dan memantau kedudukan perbelanjaan dan kewangan Program Perkhidmatan Farmasi supaya lebih efisien.

Cawangan-cawangan

    Cawangan Dasar Farmasi

    • Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti pembangunan Dasar Ubat Nasional dan membuat pemantauan berkala pelaksanaan aktiviti pelan tindakan yang telah dirancang
    • Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti pembangunan Pelan Strategik Program dan membuat pemantauan berkala pelaksanaan aktiviti pelan tindakan yang telah dirancang.
    • Memberi khidmat nasihat dan input berkaitan integriti praktis farmasi dan Good Governance for Medicines
    • Menyelaras dan memudahcara perhubungan intraagensi, interagensi dan antarabangsa dalam perkhidmatan farmasi.
    • Menyelaras penyediaan kertas-kertas polisi yang perlu diputuskan di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi
    • Menyelaras input berkaitan dasar / input polisi luar yang berkaitan dengan Program (dalam dan luar negara)
    • Memantau dan membuat penyelarasan aduan yang diterima.
    • Menyelaras pertanyaan daripada Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara)
    • Menyelaras perhubungan dengan media.
    • Menyelaras input berkaitan perjanjian antarabangsa / serantau

    Cawangan Pembangunan Profesion Farmasi

    • Merancang dan mengkaji keperluan Pegawai Farmasi di semua fasiliti KKM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang berterusan dapat diberikan di seluruh negara.
    • Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, penempatan, pertukaran dan pelan penggantian berdasarkan keperluan perkhidmatan serta memastikan pengagihan Pegawai Farmasi KKM secara optimum di seluruh negara.
    • Mengkaji dan menambah baik pembangunan profesion farmasi dan skim perkhidmatan Pegawai FarmasI di KKM.
    • Merancang, menyelaras dan memantau latihan (jangka pendek dan jangka panjang) bagi Pegawai Farmasi di peringkat Ibu Pejabat KKM.
    • Merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan kompetensi dan pengurusan bakat Pegawai Farmasi di KKM
    • Mengenal pasti, merancang dan memantau aktiviti Continous Professional Development (CPD) bagi Pegawai Farmasi di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM serta menyelaras dan memantau aktiviti CPD Pegawai Farmasi KKM di peringkat negeri / institusi bagi meningkatkan kompetensi.
    • Menyelaras dan memantau Pegawai Farmasi KKM yang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang farmasi di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
    • Menyelaras dan menyediakan input teknikal farmasi berkaitan urusan pembangunan sumber manusia dan modal insan melibatkan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi di KKM.

    Cawangan Perkembangan Infrastruktur & Kualiti Farmasi

    • Menetapkan polisi / standard pembangunan infrastruktur fasiliti farmasi KKM serta memberi input / ulasan terhadap projek pembangunan atau permohonan yang berkaitan dan mengemas kini data pembangunan fasiliti farmasi KKM.
    • Merancang, menyelaras dan memantau proses audit / pemeriksaan ke atas penggunaan dan keberkesanan infrastruktur dan prasarana di fasiliti farmasi.
    • Merancang, menyelaras dan memantau permohonan dan / atau pelaksanaan perolehan secara berpusat serta penyelenggaraan aset perubatan/bukan perubatan farmasi melalui peruntukan di bawah BP11 atau sumber kewangan yang lain.
    • Menyelaras Lawatan Penyeliaan Pejabat Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi bagi meninjau isu sumber manusia, pembangunan dan sistem PhIS.
    • Merancang, menyelaras, memantau dan menerbitkan pencapaian indikator kualiti Program Perkhidmatan Farmasi seperti Program Quality Assurance (QAP), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI), Outcome Based Budgeting (OBB), dan Piagam Pelanggan termasuk Piagam Pelanggan Teras KKM.
    • Merancang, menyelaras dan memantau bajet dan Peruntukan Belanja Mengurus Program Perkhidmatan Farmasi termasuk Peruntukan Program Khusus Bertugas Luar Negara.
    • Menyelaras permohonan Inisiatif / Projek Baru Program Perkhidmatan Farmasi di bawah Belanja Mengurus atau melalui sumber kewangan lain.
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan halatuju serta, aktiviti pembudayaan penambahbaikan kualiti (Quality Improvement, QI) di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi termasuk keperluan latihan, sesi perkongsian, pertandingan/anugerah, pengesyoran dan pemantauan projek QI melalui pangkalan data berkaitan.
    • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM mengikut keperluan MS ISO 9001:2015 termasuk bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Kerja ISO.
    • Merancang, menyelaras dan memantau indikator & KPI di bawah National Policy of Quality in Healthcare (NPQH) peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti penyebaran hasil projek QI melalui penerbitan jurnal dalam talian Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs).
    • Menyelaras aktiviti-aktiviti pemantauan Pelan Antirasuah, pelaksanaan MS ISO 37001:2016 dan penganjuran mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.

    Cawangan Penyelidikan & Pembangunan Farmasi

    • Merancang, menyelaras dan memantau hala tuju penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti-aktiviti berkaitan bagi Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek penyelidikan di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Merancang, mengumpul, menganalisis dan menyimpan data berkaitan penyelidikan dan pembangunan di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau latihan berkaitan penyelidikan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota farmasi.
    • Merancang, menyelaras dan memantau permohonan kolaborasi penyelidikan antara Program Perkhidmatan Farmasi dengan pihak luar.
    • Merancang, menyelaras dan menjadi seketariat Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan, serta Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi.
    • Merancang, menyelaras dan menyediakan platform bagi pembentangan hasil penyelidikan berimpak tinggi kepada Pengurusan Tertinggi Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Memberi bantuan khidmat nasihat teknikal berkaitan penyelidikan di dalam bidang farmasi kepada anggota-anggota farmasi yang memerlukan.
    • Merancang, menyelaras dan memantau semua maklumbalas berkaitan dengan Pembangunan Farmaseutikal di bawah Kluster Kesihatan Ketiga ASEAN (ASEAN Health Cluster 3, AHC3)
    • Merancang dan menyelaras semua projek dan aktiviti di bawah ASEAN Drug Security & Self-Reliance (ADSSR)
    • Jawatankuasa Pakar Ubat-Ubatan Program Perkhidmatan Farmasi.

    Cawangan Teknologi Maklumat & Informatik Farmasi

    • Merancang polisi dan halatuju berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Program Perkhidmatan Farmasi serta memantau pelaksanaannya.
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan perkakasan atau pembangunan sistem Farmasi bagi memastikan ianya mematuhi tatacara perolehan yang berkuatkuasa.
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan penyediaan infrastruktur, isu keselamatan dan aktiviti sokongan teknikal ICT organisasi
    • Merancang dan menyelaras latihan penggunaan dan pelaksanaan sistem maklumat yang disediakan oleh Program Perkhidmatan Farmasi
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan penyediaan data, standard dan laporan dari semua sistem maklumat Farmasi bagi memastikan ianya menepati keperluan organisasi.

    Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi

    • Merancang keperluan sumber manusia Penolong Pegawai Farmasi KKM di seluruh negara.
    • Merancang penempatan dan pengisian bagi Penolong Pegawai Farmasi KKM dan Pegawai Kader.
    • Merancang peruntukan dan menyelaras latihan Penolong Pegawai Farmasi KKM.
    • Menyelaras dan mencadangkan pembangunan laluan kerjaya profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM
    • Mengenalpasti, merancang dan memantau aktiviti Continuous Professional Development (CPD) bagi meningkatkan kompetensi Penolong Pegawai Farmasi KKM seluruh Malaysia.
    • Menyelaras permohonan pengiktirafan Penolong Pegawai Farmasi bagi Program Pendispensan Methadone.
    • Menyelaras dan memantau Penolong Pegawai Farmasi yang sedang menjalani Cuti Belajar dan pelantikan Secara Petukaran Sementara Khas.

    Unit Pentadbiran

    • Menyelaras, memantau dan melaksanakan pengurusan berkaitan perkhidmatan anggota di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM seperti rekod cuti, laporan prestasi dan kehadiran termasuk pengurusan HRMIS.
    • Menyelaras dan memantau pengurusan kenderaan di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM.
    • Menyelaras, memantau dan melaksanakan pengurusan pentadbiran pejabat termasuk kerja-kerja penyelenggaran di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM.
    • Merancang, memantau dan melaksanakan pengurusan aset & stor di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
    • Merancang, memantau dan melaksanakan urusan perolehan bagi pembelian terus dan perolehan sebut harga bagi Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM mengikut prosedur kewangan yang berkuatkuasa.

    Unit Kewangan

    • Menyelaras dan memantau kedudukan peruntukan yang diterima dari Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya sentiasa mencukupi untuk perbelanjaan ketiga-tiga aktiviti Program Perkhidmatan Farmasi.
    • Menyelaras dan memantau urusan pembayaran bil-bil sama ada yang ada kontrak, dengan Pesanan Tempatan, tanpa Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan pegawai, tuntutan elaun penceramah, panjar wang runcit, panjar khas pembelian sampel dan penguatkuasaan dan membuat perakuan di dalam sistem semua urusan pembayaran di atas.
    • Meluluskan di dalam sistem ePerolehan pengeluaran Pesanan Tempatan untuk setiap permohonan perolehan tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi dan mematuhi semua peraturan kewangan.
    • Memantau dan memperakaun urusan kutipan hasil.
    • Menyelaras dan menyemak pelbagai laporan kewangan bulanan, suku tahunan atau laporan dua kali setahun yang perlu dihantar ke Ibu Pejabat KKM.
    • Menyelaras dan menyemak maklum balas setiap laporan Audit berkaitan pengurusan kewangan.
    • Memantau dan menyemak Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan Vot secara bulanan atau suku tahun.
    • Menyebarkan maklumat berkaitan peraturan kewangan yang dikemas kini atau penambahbaikkan yang dilakukan sama ada oleh Jabatan Akauntan Negara, KKM atau Kementerian Kewangan.