Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia selaku sekretariat kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) adalah bertanggungjawab memastikan pendaftaran ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan mematuhi Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, pengiktirafan Program Ijazah Farmasi serta penyelarasan kes-kes etika ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan.
Cawangan-cawangan
Cawangan Pendaftaran
- Memproses permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelanggan.
- Menguruskan permohonan premis latihan ahli farmasi provisional bagi memastikan kualiti latihan Provisionally Registered Pharmacist (PRP).
- Menjalankan audit di premis latihan ahli farmasi provisional bagi memastikan semua premis latihan mengikuti garispanduan premis latihan PRP yang ditetapkan.
- Memproses permohonan sijil tahunan ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan.
- Mengendalikan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi tujuan pendaftaran ahli farmasi.
Cawangan Pengiktirafan Dan Etika
Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi oleh pemberi pendidikan tinggi berdasarkan Standard Kelulusan dan Pengiktirafan Program Ijazah Farmasi bagi memastikan kualiti program ijazah farmasi.
Melaksanakan tugas-tugas urus setia kepada Mesyuarat Penyiasatan LFM bagi memastikan perkhidmatan LFM yang lebih cekap dan efisien.
Melaksanakan tugas-tugas urus setia (Committee of Inquiry) terhadap penyiasatan kes salah laku profesional ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan berdaftar.
Menguruskan memorandum perjanjian untuk latihan sangkutan pelajar-pelajar program ijazah farmasi dari pemberi pendidikan tinggi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menyelaras isu-isu perundangan bagi Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia.
Seksyen Sekretariat LFM & Koordinasi BLFM
- Melaksanakan tugas-tugas urus setia kepada Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).
- Menyelaras pelantikan Ahli Jawatankuasa Teknikal di bawah LFM.
- Menguruskan dan memantau peruntukan dan perbelanjaan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia bagi memastikan perbelanjaan yang optima.
- Menyelaras dan memantau aktiviti kualiti Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia seperti Outcome Based Budgeting (OBB), ISO, Piagam Pelanggan, Pelan Tindakan dan Pelan Strategik agar perkhidmatan farmasi yang berkualiti dapat diberikan.
- 12960 bacaan