Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Keempat
DUNas Penggal Keempat (2022-2026) diterbitkan sebagai semakan terhadap DUNas Penggal Ketiga dan diperkukuh selari dengan perubahan masa serta keperluan kesihatan rakyat. Komponen dari dasar penggal ketiga dikekalkan dalam penggal keempat. Lima (5) komponen tersebut dalam DUNas Penggal Keempat adalah seperti berikut:
- Tadbir Urus Ubat-ubatan
- Kualiti, Keselamatan dan Keberkesanan Ubat-ubatan
- Akses kepada Ubat-ubatan
- Penggunaan Ubat Secara Berkualiti
- Kerjasama dan Kolaborasi bagi Industri Kesihatan
DUNas Penggal Ketiga mulai disemak pada tahun 2022. Dokumen semakan telah dihasilkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu DUNas pada April 2023. Dokumen tersebut diterbitkan sebagai ‘Dasar Ubat Nasional Penggal Keempat’ yang mengandungi kenyataan dasar, isu dan cabaran serta Pelan Tindakan Induk yang terdiri daripada strategi dan inisiatif yang dirancangkan.
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 10.91 MB |




