Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Pertama
DUNas dilaksanakan mengikut penggal. DUNas Penggal Pertama bertempoh selama lima tahun dari 2007 hingga 2011. Dasar ini adalah hasil daripada usaha kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta. Perundingan dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui bengkel dan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan telah melahirkan dokumen dasar ini pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Malaysia untuk dijadikan dasar rasmi farmaseutikal kebangsaan.
DUNas Penggal Pertama merangkumi lapan komponen seperti berikut:
Empat komponen teras:
- Kualiti, Keselamatan dan Keberkesanan ubat
- Ketersediaan Ubat
- Kemampuan Mendapat Ubat-ubatan
- Penggunaan Ubat Secara Berkualiti
Empat komponen sokongan:
- Pembangunan Sumber Manusia
- Penyelidikan dan Pembangunan
- Kerjasama Teknikal
- Pengurusan Dasar Ubat Nasional
Semakan DUNas Penggal Pertama
Dasar ini telah disemak sepenuhnya pada Oktober 2012 selepas proses pelaksanaan selama 6 tahun. Dokumen semakan telah dihasilkan dan diterbitkan sebagai ‘Dasar Ubat Nasional Penggal Kedua’.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 57.03 MB |
![]() | 5.4 MB |
- 7959 bacaan