- SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS, FAQ) PELAKSANAAN PEMAPARAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Daftar Lesen (Manual)
- PROTOKOL CARDIOVASCULAR CARE BUNDLE MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (CCB-MTAC)
- PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/ Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Dasar Ubat Nasional (DUNas)
PENGENALAN
DUNas merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia yang diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2006. Dasar ini mendefinisikan serta mengutamakan matlamat jangka panjang dan sederhana yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sektor farmaseutikal di Malaysia. Dasar ini mengenal pasti strategi-strategi utama berdasarkan matlamat tersebut dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti farmaseutikal mengikut sasaran yang ditetapkan.
Objektif DUNas adalah untuk menggalakkan akses ubat-ubatan yang saksama dan penggunaan secara rasional ubat yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu milik ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
Pembangunan dan pelaksanaan DUNas melibatkan sektor awam dan swasta yang berkepentingan dalam bidang farmaseutikal. Dasar ini merupakan kerangka kerja telus yang disokong oleh aspirasi dan komitmen Kerajaan dan semua pemegang taruh dengan matlamat yang sama ke arah memperkukuhkan sektor farmaseutikal negara.
- 37576 bacaan