Garis Panduan Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)

Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) adalah peer-reviewed jurnal terbitan Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Matlamat Jurnal PharmQIIs  adalah menerbitkan artikel  daripada laporan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti yang telah dilaksanakan di kedua-dua sektor awam dan swasta. Artikel yang dipilih adalah berdasarkan penerangan  penambahbaikan kualiti yang dilakukan, pengukuran faedah-faedah projek yang dikenalpasti, dan pengajaran hasil pelaksanaan inisiatif berkenaan. Jurnal ini memberi keutamaan kepada inisiatif yang dilaksanakan dalam bidang farmasi.

Inisiatif Kualiti telah lama dilaksanakan di sektor Perkhidmatan Farmasi sebagai langkah penyelesaian kepada masalah dihadapi dalam penjagaan kesihatan pesakit. Peranan ahli farmasi dalam melaksanakan projek penambahbaikan kualiti berkembang dari tahun ke tahun. Jadi, Inisiatif Kualiti telah menjadi aset yang penting kepada sektor awam dan swasta dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Untuk peringkat awal penerbitan jurnal ini, artikel yang diterima terdiri daripada projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Inovasi, Quality Assurance (QA) dan Lean.

Bagi penghantaran artikel ke Jurnal PharmQIIs, satu arahan dan garis panduan telah disediakan. Sila baca arahan dan panduan yang diberikan dengan teliti. Penghantaran artikel yang tidak mengikut garis panduan berpotensi untuk ditolak.

Objektif penerbitan jurnal ini adalah bertujuan;

  1. Menyediakan platform untuk memudahcara penerbitan QIIs yang telah dilaksanakan
  2. Menggalakkan inovator/kumpulan menulis laporan dalam bentuk scientific report untuk berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman dikalangan anggota farmasi.
  3. Dijadikan sebagai rujukan dalam pelaksanaan projek-projek farmasi di lapangan.