Garis Panduan untuk Penulis – Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)

Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) adalah jurnal peer-reviewed diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2022. Matlamat PharmQIIs adalah menerbitkan artikel berdasarkan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (QIIs) dalam format Laporan Penambahbaikan Kualiti (QIR). Artikel yang diterbitkan hendaklah mampu menerangkan bagaimana QIIs dilakukan, proses/usaha yang terlibat dalam pelaksanaan intervensi/penambahbaikan, pengukuran manfaat/keberhasilan, dan pengajaran yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi.

Jurnal ini bertujuan:

  1. Menggalakkan inovator/ahli kumpulan untuk menulis laporan saintifik (scientific report)  bagi berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman melaksanakan QIIs
  2. Memudahcara penerbitan manuskrip/laporan QIIs
  3. Menyediakan platform rujukan bagi pelaksanaan QIIs farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Jurnal ini memberi tumpuan kepada bidang berkaitan farmasi. PharmQIIs menerima sebarang QIR daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), inovasi, Quality Assurance (QA) dan pendekatan Lean. Format QIR yang digunakan dalam jurnal ini diadaptasi daripada Standards for Quality Improvement Reporting Excellence (SQUIRE 2.0) dan diubah suai berdasarkan keperluan setiap kaetgori QII yang dijalankan di Kementerian Kesihatan.

Bagi penghantaran artikel ke Jurnal PharmQIIs, satu arahan dan garis panduan telah disediakan. Sila baca arahan dan panduan yang diberikan dengan teliti. Penghantaran artikel yang mengikut garis panduan akan meningkatkan kebarangkalian diterima untuk penerbitan.

Tag: 
PharmQIIs
Garis Panduan PharmQIIs
Journal of Quality Improvement Initiatives