Garis Panduan untuk Pewasit - Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)

Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) adalah jurnal peer-reviewed diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2022. Matlamat PharmQIIs adalah menerbitkan artikel berdasarkan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (QIIs) dalam format Laporan Penambahbaikan Kualiti (QIR). Artikel yang diterbitkan hendaklah mampu menerangkan bagaimana QIIs dilakukan, proses/usaha yang terlibat dalam pelaksanaan intervensi/penambahbaikan, pengukuran manfaat/keberhasilan, dan pengajaran yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi.

Jurnal ini bertujuan:

  1. Menggalakkan inovator/ahli kumpulan untuk menulis laporan saintifik (scientific report)  bagi berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman melaksanakan QIIs
  2. Memudahcara penerbitan manuskrip/laporan QIIs
  3. Menyediakan platform rujukan bagi pelaksanaan QIIs farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Jurnal ini memberi tumpuan kepada bidang berkaitan farmasi. PharmQIIs menerima sebarang QIR daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), inovasi, Quality Assurance (QA) dan pendekatan Lean. Format QIR yang digunakan dalam jurnal ini diadaptasi daripada Standards for Quality Improvement Reporting Excellence (SQUIRE 2.0) dan diubah suai berdasarkan keperluan setiap kaetgori QII yang dijalankan di Kementerian Kesihatan.

Garis panduan ini bertujuan untuk memudahkan proses peer-reveiew bagi Jurnal PharmQIIs dengan menyediakan rangka kerja yang jelas untuk pewasit. Pendekatan berstruktur ini memastikan semua aspek penting manuskrip dinilai dengan teliti mengikut format Jurnal PharmQIIs, sekali gus menggalakkan proses semakan yang konsisten dan berkualiti tinggi. Panduan ini juga membantu pewasit memberikan maklum balas membina yang boleh membantu penulis untuk menambahbaik manuskrip mereka, dan seterusnya meningkatkan kualiti manuskrip yang diterbitkan.

Jurnal PharmQIIs secara aktifnya sedang mencari sukarelawan yang berminat untuk menyemak manuskrip. Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pewasit jemputan kami, anda dikehendaki mengisi borang pada pautan di bawah. Sila muat naik curriculum vitae (CV) dan melengkapkan borang Kerahsiaan & Terma Rujukan (TOR) dalam pautan yang sama.

Pewasit Jemputan untuk Jurnal PharmQIIs

https://forms.gle/Ejg6RuNmqM2ZKHcVA

Pasukan editorial akan menghubungi anda dan menghantar surat pelantikan jika latar belakang anda sesuai dengan skop jurnal dan tiada isu etika yang berpotensi ditemui.

Tag: 
PharmQIIs
Garis Panduan Pewasit
Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives