- Syarat-syarat Melakukan Lokum dan Carta Alir Proses Permohonan Lokum
- Buku Log Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum (JKTKM)
- Peranan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum (JKTKM) adalah seperti berikut:
- Menyemak sebarang cadangan pindaan syarat kelayakan masuk minimum baru yang dikemukakan dari persatuan / Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ agensi atau sekretariat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) sekiranya terdapat keperluan untuk membuat semakan semula.
- Menyemak sebarang permohonan kesetaraan kelayakan yang tidak tersenarai di dalam kelayakan masuk pelajar lulusan luar negara di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau LFM.
- Menyemak dan mengesyorkan permohonan pemetaan kursus bagi pemindahan kredit dari institusi penerima pendidikan tinggi.
- Sehubungan itu, sebarang permohonan pemindahan kredit (credit transfer) perlu dikemukakan oleh institusi penerima pendidikan tinggi kepada Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia.
- Permohonan pemataan kursus bagi pemindahan kredit akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum (JKTKM) di bawah Lembaga Farmasi Malaysia.
- Keputusan pemetaan kursus bagi permohonan pemindahan kredit dari Mesyuarat JKTKM seterusnya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan keputusan akhir.
- Tarikh Mesyuarat JKTKM yang dirancang bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum (JKTKM) | |
29 Januari 2024 | Bilangan 1/2024 |
4 Julai 2024 | Bilangan 2/2024 |
23 Oktober 2024 | Bilangan 3/2024 |
* Tarikh Mesyuarat JKTKM tertakluk kepada perubahan dan keperluan semasa
- Institusi penerima pendidikan tinggi perlu mengemukakan permohonan pemataan kursus bagi pemindahan kredit pelajar sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh Mesyuarat JKTKM.