Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 20 Disember 2016 bagi menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) untuk mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya.

Pegawai SME diiktiraf oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) melalui pemangkuan/ kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang tertakluk dengan tapisan kepakaran yang ketat.

Permohonan ke laluan kerjaya SME boleh dibuat apabila iklan pelawaan dibuka di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga tahun 2022, terdapat tiga bidang yang telah diiktiraf sebagai bidang SME di bawah Program Farmasi sepertimana berikut:

Bil.

Bidang

Sub Bidang

1.

Farmakoterapi

Antikoagulasi

2.

Farmakoterapi

Infectious Disease

3.

Regulatori Farmasi

First In Human (FIH)/ First Dose In Human (FDIH)

 

Senarai Pegawai Farmasi SME

Bil.

Nama Pegawai

Bidang

Sub Bidang

Tahap

Gred

1

Dr. Sahimi binti Mohamed

Farmakoterapi

Antikoagulasi

4

Khas C

2

Dr. Rahela binti Ambaras Khan

Farmakoterapi

Infectious Disease

4

Khas C

 

Kriteria Kemasukan ke Laluan SME Program Farmasi

Dokumen yang dilampirkan:

  1. Kamus Kompetensi Kriteria Kemasukan ke Laluan Kerjaya SME Antikoagulasi
  2. Kamus Kompetensi Kriteria Kemasukan ke Laluan Kerjaya SME Infectious Disease
  3. Kamus Kompetensi Kriteria Kemasukan ke Laluan Kerjaya SME First In Human (FIH) / First Dose In Human (FDIH)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Sekretariat SME Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Lot 36, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(u.p.: Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan)
Tel.: 03 – 78413200