- Daftar Lesen (Manual)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
- Guideline for the Management of Medicine Donations
- Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
- Panduan Kepada Ahli Farmasi Untuk Permohonan Kebenaran Penjualan Compounded Preparation Di Premis Farmasi Komuniti Dan Notifikasi Compounded Preparation
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
Lembaga Farmasi Malaysia telah menetapkan keperluan untuk lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) sebagai salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi.
KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon yang berikut layak memohon untuk menduduki peperiksaan dan wajib lulus peperiksaan:
- Graduan berwarganegara Malaysia yang ingin memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP).
- Ahli Farmasi berwarganegara Malaysia yang telah berdaftar di luar negara dan ingin berdaftar di Malaysia sebagai Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP)
- Ahli Farmasi bukan warganegara Malaysia yang telah berdaftar di negara asal dan telah memenuhi syarat-syarat bagi Pendaftaran Sementara dengan LFM (rujuk https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/permohonan-pendaftaran-sementara-ah...)
- Pelajar farmasi berwarganegera Malaysia dan sedang berada di tahun ketiga dan tahun akhir (tahun 4)
FORMAT PEPERIKSAAN
- Terdapat sebanyak 100 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dalam bentuk “open book format”.
- Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.
- Peperiksaan ini menggunakan negative marking system seperti berikut:
a) Markah lulus adalah 50%.
b) Empat (4) pilihan jawapan diberi – A, B, C atau D
c) 0.25 markah akan ditolak bagi setiap jawapan yang salah.
d) Bagi soalan yang tidak dijawab, tiada markah yang akan ditolak.
RUJUKAN UNTUK PEPERIKSAAN
Bahan rujukan yang digunakan sebagai sumber rujukan untuk peperiksaan:
- Malaysian Laws on Poisons & Sale of Drugs seperti berikut:
- Poisons Act 1952 & its Regulations (ILBS publication dated 20th October 2023 onwards)
- Sale of Drugs Act 1952 & its Regulations
- Registration of Pharmacists Act 1951 & its Regulations
- Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 & its Regulations
- Dangerous Drugs Act 1952 and its Regulations
- Code of Ethics for Pharmacists 2018
- Guidance on the Code of Ethics for Pharmacist 2018
- Malaysian National Medicine Policy 4th Edition 2022-2026
- Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector
TARIKH PEPERIKSAAN KELAYAKAN UNTUK MENGAMAL FARMASI 2025
Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi ditetapkan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun. Takwim peperiksaan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
Tarikh Peperiksaan | Tarikh Buka Permohonan | Tarikh Tutup Permohonan | Tarikh Keluar Keputusan Peperiksaan |
26 Mac 2025 (Rabu) | 1 Januari 2025 | 31 Januari 2025 (Jumaat) | 25 April 2025 (Jumaat) |
23 Julai 2025 (Rabu) | 1 Mei 2025 | 30 Mei 2025 (Jumaat) | 22 Ogos 2025 (Jumaat) |
26 November 2025 (Rabu) | 1 September 2025 | 30 September 2025 (Selasa) | 26 Disember 2025 (Jumaat) |
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berhubung Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:
- Puan Datcayani a/p Ramadoo, 03-78413317, datcayani@moh.gov.my
- Puan Azlira binti Ilias, 03-7841 3319, azlira@moh.gov.my
- 86768 bacaan