- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Perihal Kami
Program Perkhidmatan Farmasi adalah salah satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia KKM yang bertanggungjawab untuk memastikan orang awam mendapat keluaran farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan, melindungi kepentingan mereka melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, serta memastikan ubat-ubatan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara wajar.
Visi, Misi & Objektif
Visi
Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
Misi
- Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
- Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
- Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
- Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.
- Menjamin kesihatan rakyat melalui kawalan regulatori ubat-ubatan dan kosmetik berlandaskan kecemerlangan saintifik
Objektif
Objektif adalah berasaskan Bahagian-Bahagian di dalam Program Perkhidmatan Farmasi yang berkuat kuasa mulai 1 April 2016 melalui surat Bahagian Sumber Manusia, KKM rujukan Bil. (86) dlm. KK(S) 0.61 BHG. 49 Jld. 2 bertarikh 8 Ogos 2016. Objektif tersebut adalah selari dengan Pelan Strategik Program Perkhidmatan Farmasi 2021-2025.
- Bahagian Regulatori Farmasi Negara
- Memastikan bahawa bahan-bahan terapeutik yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti serta kosmetik yang telah dinotifikasikan adalah selamat dan berkualiti.
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
- Membangunkan dasar untuk sektor farmaseutikal selaras dengan keperluan penjagaan kesihatan negara.
- Memastikan pengurusan sumber yang efisien dan cemerlang.
- Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
- Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
- Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
- Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
- Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
- Memastikan penjualan, pembekalan, pemilikan dan pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.
- Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
- Memastikan pendaftaran ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan mematuhi Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan peraturan-peraturannya.
- Menetapkan piawai untuk etika, tingkah laku, kemahiran, pendidikan dan latihan serta Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- 43899 bacaan




