Perkhidmatan Medication Therapy Adherance Clinic (MTAC)

 

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) telah diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai salah satu komponen farmasi klinikal di dalam penjagaan ambulatori.

Objektif perkhidmatan ini ialah untuk meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan.

Perkhidmatan ini juga melibatkan kolaborasi di antara Pegawai Farmasi dan Pegawai  Perubatan di dalam memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit. MTAC dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi dengan menjalankan pemonitoran terapi ubat- ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. Perkhidmatan ini juga melibatkan rundingan secara klinikal, dan pengubahan dos bagi sesetengah ubat seperti insulin dan warfarin.

Antara jenis-jenis MTAC yang ditawarkan adalah:

  • Diabetes
  • Warfarin
  • Respiratori
  • Nefrologi
  • Neurologi
  • Retroviral Disease (RVD)

 

  • Hemofilia
  • Geriatrik
  • Heart Failure
  • Psoriasis
  • Rheumatologi

 

Sila rujuk Pegawai Farmasi di fasiliti KKM untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan MTAC yang ada disediakan.

Sila rujuk protokol MTAC mengikut rawatan yang diberikan: