Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

Polisi Perkhidmatan CDR:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan polisi untuk perkhidmatan CDR yang bertujuan untuk melindungi pesakit dan kakitangan dengan menentukan piawaian amalan CDR dari perspektif Pegawai Farmasi. Kesemua polisi ini adalah meliputi penulisan preskripsi, pengendalian dan administrasi ubat sitotoksik mesti dibangunkan oleh pasukan profesional kesihatan dan mematuhi skop perkhidmatan iaitu:

1. Jabatan farmasi hospital akan membuat rekonstitusi ubat sitotoksik bagi ubat kemoterapi untuk keperluan setiap pesakit.
2. Pengendalian, rekonstitusi, administrasi dan pelupusan ubat-ubatan berbahaya harus dilakukan oleh kakitangan terlatih untuk melindungi pengendali , produk dan alam sekitar.
3. Rekonstitusi ubat dilakukan di fasiliti bilik bersih yang telah mendapat kualifikasi.
4.Bagi hospital tanpa kemudahan bilik bersih, penyediaan rekonstitusi boleh disalurkan kepada hospital yang berdekatan, dan mempunyai fasiliti bilik bersih yang telah mendapat kualifikasi.

Hospital yang menawarkan perkhidmatan CDR :

  1. Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis
  2. Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah
  3. Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah
  4. Hospital Kulim, Kedah
  5. Hospital Pulau Pinang
  6. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
  7. Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak
  8. Hospital Taiping, Perak
  9. Hospital Teluk Intan, Perak
  10. Hospital Seri Manjung, Perak
  11. Hospital Slim River, Perak
  12. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor
  13. Hospital Selayang, Selangor
  14. Hospital Serdang, Selangor
  15. Hospital Sg Buloh, Selangor
  16. Hospital Ampang, Selangor
  17. Hospital Kajang, Selangor
  18. Hospital Putrajaya
  19. Hospital Kuala Lumpur
  20. Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Negeri Sembilan
  21. Hospital Melaka
  22. Hospital Sultanah Aminah, Johor
  23. Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor
  24. Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor
  25. Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang, Johor
  26. Hospital Sultan Ismail, Johor
  27. Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang
  28. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang
  29. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan
  30. Hospital Kuala Krai, Kelantan
  31. Hospital Tanah Merah, Kelantan
  32. Hospital Machang, Kelantan
  33. Hospital Tumpat, Kelantan
  34. Hospital Pasir Mas, Kelantan
  35. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
  36. Hospital Kemaman, Terengganu
  37. Hospital Umum Sarawak
  38. Hospital Sibu, Sarawak
  39. Hospital Bintulu, Sarawak
  40. Hospital Miri, Sarawak
  41. Hospital Sri Aman, Sarawak
  42. Hospital Limbang, Sarawak
  43. Hospital Sarikei, Sarawak
  44. Hospital Kapit, Sarawak
  45. Hospital Sentosa, Sarawak
  46. Hospital Bau, Sarawak
  47. Hospital Lundu, Sarawak
  48. Hospital Serian, Sarawak
  49. Hospital Saratok, Sarawak
  50. Hospital Betong, Sarawak
  51. Hospital Kanowit, Sarawak
  52. Hospital Mukah, Sarawak
  53. Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah
  54. Hospital Wanita & Kanak-kanak Likas, Sabah
  55. Hospital Duchess of Kent Sandakan, Sabah
  56. Hospital Tawau, Sabah
  57. Hospital Keningau, Sabah
  58. Hospital Lahad Datu, Sabah