Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.
OBJEKTIF
- Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
- Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
- Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?
- Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat daripada doktor anda.
- Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan.
- Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang berdekatan.
- Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.
SPUB MEMUDAHKAN ANDA
- Berdekatan dengan kediaman anda
- Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
- Menjamin bekalan ubat berterusan
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk anggota farmasi di hospital/klinik kesihatan KKM berdekatan anda sekiranya anda ingin mengetahui tentang perkhidmatan ini atau berminat menggunakannya.
- 49828 bacaan