- Panduan Pengendalian Latihan Provisional Ahli Farmasi Berdaftar Provisional (PRP) Secara Liberalisasi Di Bawah Lembaga Farmasi Malaysia
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Senarai Borang Urusan Pentadbiran di Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi
- Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Soalan Lazim - Pengiklanan
Semua produk kosmetik mestilah bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengiklanan produk kosmetik mestilah mematuhi Garis Panduan Pengiklanan Kosmetik dan tiada sebarang tuntutan perubatan ke atas produk kosmetik dibenarkan. Tindakan perundangan boleh diambil ke atas pengiklan yang mengiklankan produk kosmetik dengan tuntutan perubatan dan menyalahi kod. Pengiklanan produk kosmetik tidak memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
All cosmetic products must be notified to the National Pharmaceutical Regulatory Division (NPRA), Ministry of Health Malaysia.
Any advertisement relating to cosmetic products must comply with the Guideline For Cosmetic Advertisement and have no medical claims. Legal actions may be taken against any cosmetic products advertisements with medical claims. Advertisement approval from Medicine Advertisement Board (MAB) is not required.
Semua iklan yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) akan diberikan nombor kelulusan (cth: KKLIU 1234/2021 ). Nombor kelulusan iklan tersebut wajib dipamerkan pada setiap iklan yang disiarkan. Sekiranya pengguna mengesyaki terdapat iklan produk farmaseutikal atau iklan perkhidmatan kesihatan yang tidak mendapat kelulusan LIU atau tidak mempamerkan nombor kelulusan LIU, aduan boleh dibuat kepada Urusetia LIU.
All advertisements that have been approved by MAB were given approval number (eg KKLIU 1234/2021). Advertisement approval number must be displayed on every advertisement. If any pharmaceutical product or health service advertisements were found without approval or not displaying their KKLIU number, members of the public may launch a complaint to the secretariat of Medicine Advertisement Board.
Yes, approval from MAB is still required because product registration and product advertisement are two different issues. The registration of a product aims to ensure quality, safety and efficacy of the product and are under jurisdiction of the Drug Control Authority (DCA) whereas MAB only controls product advertisements. This is to protect consumers from misleading advertisements and to ensure all advertisements published comply with the requirements of the Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 and its Regulations.
Ya, kelulusan LIU masih diperlukan kerana pendaftaran produk dan pengiklanannya adalah dua perkara berbeza. Pendaftaran sesuatu produk bergantung kepada kualiti, keselamatan dan efikasi produk tersebut manakala LIU mengawal dari segi aspek pengiklanan produk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di samping memastikan iklan itu mematuhi keperluan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan peraturan-peraturannya.
Minuman Tongkat Ali dan Kacip Fatimah adalah diklasifikasikan sebagai produk makanan dan dikawal oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan produk makanan tidak memerlukan kelulusan LIU. Iklan produk makanan tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan perubatan, seperti meningkatkan keupayaan seksual, mengurangkan sakit-sakit sendi, menurunkan paras gula dan sebagainya.
Iklan makanan tidak dibenarkan meletakkan sebarang tuntutan perubatan. Mengurangkan paras gula dalam darah adalah dianggap sebagai tuntutan perubatan. Kencing manis adalah salah satu daripada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti diperuntukkan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Sekiranya iklan keguguran rambut melibatkan produk farmaseutikal, iklan tersebut perlu mendapatkan kelulusan LIU. Iklan tersebut tidak dibenarkan mempunyai tuntutan atau pernyataan bahawa:
- Kebotakan boleh dicegah
- Keguguran rambut boleh dihentikan
- Merangsang dan menggalakkan pertumbuhan rambut
Sebarang kelulusan pada format iklan adalah berdasarkan kepada Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan peraturannya. Selain itu, semua format iklan perlu mematuhi garis panduan pengiklanan dan polisi yang dikeluarkan oleh Lembaga Iklan Ubat. Mana-mana tuntutan dan format iklan yang tidak mematuhi akta, garispanduan dan polisi, LIU berhak meminda tuntutan dan format tersebut.
Approval for any advertisement format is based on the Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 and its regulations. In addition, advertisement formats must also comply with advertising guidelines and policies issued by the MAB. MAB has the right to amend any claims and advertisement formats that do not comply with the act, guidelines and policies.
Kelulusan oleh USFDA tidak bermaksud sesuatu ubat itu sudah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua ubat-ubatan perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum boleh dijual atau dipasarkan di Malaysia. Semua iklan ubat-ubatan yang hendak disiarkan perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Iklan Ubat KKM terlebih dahulu.
A medicine approved by the USFDA does not mean that it is registered with the Drug Control Authority, Ministry of Health Malaysia. All medicines must be registered before they are sold or marketed in Malaysia. Prior approval from the Medicine Advertisements Board (MAB) MOH is required before any advertisement of medicine is published.
Food supplements and drinks are classified as food. Food and drinks products are controlled by the Food Safety and Quality Division (FSQ), MOH. However, depending on the composition and claims, they can be classified as pharmaceuticals and need to be registered with the Drug Control Authority (DCA).
Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, pihak Puan boleh menghubungi BKKM di 03-8885 0797.
Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulator Farmasi Negara (NPRA) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.