- Daftar Lesen (Manual)
- PROTOKOL CARDIOVASCULAR CARE BUNDLE MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (CCB-MTAC)
- PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/ Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
- Senarai Dadah Berbahaya (Kemaskini sehingga 1 Mac 2023)
- Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Adakah KKM membayar balik pembelian ubat yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?
Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas :
- Pesakit mendapat rawatan di hospital/klinik kerajaan
- Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti
- Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
- Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit itu bertugas
- Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
- Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan
- Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan
- Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan
- Pihak Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu
- 12646 bacaan