Adakah pengiklanan produk kosmetik memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU)?

Semua produk kosmetik mestilah bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengiklanan produk kosmetik mestilah mematuhi Garis Panduan Pengiklanan Kosmetik dan tiada sebarang tuntutan perubatan ke atas produk kosmetik dibenarkan. Tindakan perundangan boleh diambil ke atas pengiklan yang mengiklankan produk kosmetik dengan tuntutan perubatan dan menyalahi kod. Pengiklanan produk kosmetik tidak memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat.