- SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS, FAQ) PELAKSANAAN PEMAPARAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Daftar Lesen (Manual)
- PROTOKOL CARDIOVASCULAR CARE BUNDLE MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (CCB-MTAC)
- PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/ Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Adakah pernyataan yang pernah diluluskan oleh LIU tidak akan dibenarkan dalam permohonan kelulusan iklan yang baru?
Ya, pernyataan yang pernah diluluskan oleh LIU tidak akan dibenarkan dalam permohonan kelulusan iklan yang baru sekiranya pernyataan tersebut melampaui skop indikasi yang diluluskan oleh PBKD, seperti yang dinyatakan dalam Polisi LIU MAB 3/2017 Claims. Menurut Peraturan 4(1), Perauturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (akan dirujuk sebagai PLIU 1976), LIU mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosedur untuk tujuan kelulusan permohonan iklan. Justeru itu, polisi dan garis panduan LIU akan mengalami perubahan berdasarkan perbincangan di kalangan ahli LIU selepas dipersetujui dalam mesyuarat LIU sepanjang tahun, selaras dengan teknik pemasaran dan pengiklanan dalam bidang penjagaan kesihatan. Ini adalah penting untuk memastikan kelulusan iklan yang diberikan sentiasa dikemaskini dan mampu menangani isu-isu kesihatan, pembangunan, keselamatan dan etika yang semasa. Selain itu, merujuk kepada Peraturan 5(4), PLIU 1976, LIU mengikut budi bicaranya, boleh meluluskan atau tidak meluluskan, atau boleh membatalkan kelulusan yang pernah dikeluarkan.