- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Adakah racun Kumpulan B boleh diiklankan kepada umum?
Ubat terkawal yang diperolehi daripada pengamal perubatan berdaftar, doktor gigi berdaftar atau ahli farmasi berlesen/berdaftar bagi tujuan rawatan pesakit di kategorikan sebagai racun kumpulan B dan C di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952. Racun Kumpulan B adalah ubat yang memerlukan preskripsi daripada pengamal perubatan setelah pesakit mendapatkan rundingan. Manakala racun kumpulan C tidak memerlukan preskripsi dan boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar, doktor gigi berdaftar, atau oleh ahli farmasi berlesen/berdaftar. Dasar Lembaga Iklan Ubat adalah tidak membenarkan pengiklanan racun seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 kecuali seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kelulusan Pengiklanan Produk Ubat Berdaftar Perenggan 2.5 Produk Yang Boleh Diiklankan, Sub-perenggan 2.5.2 iaitu:
- Produk terapi gantian nikotin yang dikategorikan sebagai racun
- Produk baharu yang mematuhi kriteria berikut boleh diberikan kelulusan untuk penyiaran sebagai siaran akhbar sahaja iaitu:
- produk yang baru didaftarkan di Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Malaysia dan tiada produk racun yang serupa tersedia di Malaysia;
- produk dengan gabungan ramuan farmaseutikal aktif yang baru didaftarkan di Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia dan tiada gabungan ramuan farmaseutikal yang serupa tersedia di Malaysia;
- produk yang sedia ada diluluskan indikasi baharu oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia; dan
- indikasi produk tidak melanggar Seksyen 3(1) Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.