- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin membuat pindaan ke atas format iklan yang telah diluluskan oleh LIU?
Pemohon dikehendaki memohon kelulusan daripada LIU bagi sebarang pindaan yang ingin dilakukan ke atas format iklan yang telah diluluskan. Prosedur untuk permohonan pindaan adalah seperti berikut:
- Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pindaan Kelulusan Format Iklan. Borang ini boleh dimuat turun di portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi www.pharmacy.gov.my.
- Borang Permohonan Pindaan tersebut hendaklah disertakan dengan:
- Borang Kelulusan (dokumen asal)
- Format iklan yang telah diluluskan (dokumen asal)
- Lima (5) salinan format iklan dengan pindaan yang dimohon (bagi iklan selain laman sesawang) DAN tiga (3) salinan format iklan dengan pindaan yang dimohon (bagi iklan laman sesawang)
- Dokumen sokongan yang berkaitan (jika ada)
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Iklan Ubat sama ada melalui serahan tangan di kaunter Program Perkhidmatan Farmasi atau melalui pos/kurier.
Permohonan pindaan ini dibenarkan satu kali sahaja tanpa bayaran dan perlu dikemukakan kepada LIU dalam masa dua (2) bulan dari tarikh kelulusan pada Borang Kelulusan.
- 7844 bacaan