Mengapakah terdapat tuntutan yang ditolak dalam format iklan yang diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat?

Berdasarkan Polisi dan Keputusan Lembaga Iklan Ubat MAB 3/2017 dan Perenggan 5.2 Garis Panduan Kelulusan Pengiklanan Produk Ubat Berdaftar, tuntutan yang dibuat dalam iklan mestilah mengikut indikasi atau label produk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Tuntutan yang melampaui indikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah tidak akan diterima dan diluluskan. Pihak syarikat dinasihatkan untuk membuat permohonan variasi kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi mendapatkan kelulusan tuntutan tersebut sebelum mengemukakan permohonan kepada Lembaga Iklan Ubat.