Format dan Kriteria Permohonan Pemetaan Kursus Untuk Pemindahan Kredit ke Program Ijazah Farmasi

 

KRITERIA·KRITERIA PERMOHONAN PEMETAAN KURSUS UNTUK PEMINDAHAN KREDIT KE PROGRAM IJAZAH FARMASI

Kriteria-kriteria  seperti di bawah ini digunapakai untuk permohanan  pemetaan kursus untuk pemindahan  kredit pelajar ke program ijazah farmasi;

  1. Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) perlu bertanggungjawab terhadap pemetaan kursus untuk pemindahan kredit yang dibuat dan perlu memajukan permohonan tersebut kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pihak MQA kemudiannya akan memajukannya untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Teknikal Kelayakan Masuk Minimum (JKTKM) di bawah LFM.
  1. Permohonan pemetaan kursus untuk pemindahan  kredit ini adalah  case-to­case basis dan tidak  boleh digunapakai untuk permohonan lain walaupun mempunyai ciri-ciri yang sama.
  1. Kriteria-kriteria permohonan pemetaan kursus untuk pemindahan kredit adalah seperti berikut:
  1. Pelajar tersebut masih berdaftar di universiti asal semasa memohon pemindahan  kredit; dan
  1. Hanya untuk program dan universiti yang diiktiraf LFM yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951; dan
  1. Pelajar dari program ijazah farmasi yang berstatus akreditasi sementara boleh memohon untuk pemindahan kredit ke program ijazah farmasi  yang berstatus akreditasi  penuh. Manakala program ijazah farmasi yang berstatus akreditasi sementara tidak dibenarkan menerima pelajar untuk pemindahan kredit; dan
  1. Pemohon  mesti memenuhi kelayakan  masuk  minimum  ke program ijazah farmasi; dan
  1. la  mesti berdasarkan dasar pemindahan kredit yang dinyatakan oleh MQA / Kementerian Pendidikan Tinggi; dan
  1. Keperluan pemetaan kursus bagi institusi yang menerima pelajar melalui permohonan pemindahan kredit mestilah 80% tetapi perlu ‘remedial’