- Syarat-syarat Melakukan Lokum dan Carta Alir Proses Permohonan Lokum
- Buku Log Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Credentialing Ahli Farmasi Berdaftar
CREDENTIALING AHLI FARMASI BERDAFTAR
Credentialing merupakan satu proses pengiktirafan untuk mengiktiraf Ahli Farmasi Berdaftar yang terlatih dan memiliki kemahiran dalam bidang pengkhususan tertentu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmaseutikal yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Permohonan baharu dan pengekalan credentialing dibuka dua (2) kali setahun iaitu pada:
i) | 1 Mac hingga 31 Mac |
ii) | 1 September hingga 30 September |
SENARAI MODUL CREDENTIALING BAGI AHLI FARMASI BERDAFTAR [KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAHAJA] - KEMASKINI JULAI 2024
BIDANG AMALAN FARMASI
- FARMAKOKINETIK KLINIKAL
- FARMASI GERIATRIK
- FARMASI KARDIOLOGI
- FARMASI NEFROLOGI
- FARMASI NUKLEAR
- FARMASI NUTRISI PARENTERAL
- FARMASI ONKOLOGI
- FARMASI PSIKIATRIK
- FARMASI RESPIRATORI
- FARMASI RVD
- FARMASI WAD (PEDIATRIK)
- FARMASI WAD (PENJAGAAN RAPI ICU)
- FARMASI WAD (PERUBATAN)
- MTAC DIABETES
- MTAC HEMOFILIA
- MTAC WARFARIN
- ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP
- FARMAKOTERAPI PENGURUSAN KESAKITAN
BIDANG PENGUATKUASAAN FARMASI
- PERISIKAN JENAYAH FARMASEUTIKAL
- CYBER FIRST RESPONDER
Nota: Modul credentialing bagi Ahli Farmasi Berdaftar bukan KKM dan sektor swasta akan disenaraikan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Credentialing Amalan Farmasi.
Syarat-syarat Permohonan BAHARU Credentialing
- Pegawai lantikan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
- Mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) terkini.
- Telah menjalani latihan sangkutan di fasiliti yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana & Teknikal (JKPT) dan lulus dengan jayanya ATAU telah dilantik sebagai preseptor oleh JKPT. Hanya latihan sangkutan penuh yang diterima. Latihan echo tidak dipertimbangkan.
- Telah memulakan/ menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh tamat Latihan Sangkutan.
- Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan/ penerbitan berkaitan bidang yang dipohon sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti:
- dalam tempoh satu (1) tahun selepas lulus latihan sangkutan, ATAU
- dalam tempoh satu (1) tahun sebelum permohonan
- Borang Permohonan Baharu Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.
- Seorang pegawai hanya boleh memohon untuk maksimum dua (2) bidang pengiktirafan pada satu-satu masa.
Syarat-syarat Permohonan PENGEKALAN Credentialing
- Mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) terkini.
- Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya) yang disahkan.
- Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon.
- Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan/ penerbitan dalam setiap tahun pengekalan credentialing di mana-mana persidangan atau seminar sekurang-kurangnya di peringkat negeri (bermula bagi kelulusan Mac 2024).
- Mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan bagi tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
- Menghantar permohonan dalam jangkamasa enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
- Borang Pengekalan Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.
Nota:
- Pegawai yang sedang atau akan bercuti belajar pada tahun semasa, diminta untuk memohon pengiktirafan credentialing setelah tamat cuti belajar memandangkan terdapat kemungkinan pegawai tidak lagi ditempatkan bertugas di dalam bidang yang dipohon.
- Semua aktiviti ceramah/ pembentangan/ penerbitan perlu mengemukakan sijil yang disahkan sebagai bukti.
- Pegawai tidak layak menuntut mata CPD bagi pengiktirafan credentialing yang diterima.
Semua dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada:
Sekretariat Jawatankuasa Induk Credentialing Amalan Farmasi (JICAF)
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Lot 36, Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel. : 03 – 78413276