- Syarat-syarat Melakukan Lokum dan Carta Alir Proses Permohonan Lokum
- Buku Log Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Credentialing Penolong Pegawai Farmasi
CREDENTIALING PENOLONG PEGAWAI FARMASI
Credentialing merupakan satu proses pengiktirafan untuk mengiktiraf Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih dan memiliki kemahiran dalam bidang pengkhususan tertentu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmaseutikal yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Permohonan baharu dan pengekalan Credentialing dibuka dua (2) kali setahun iaitu pada:
i) 1 Mac hingga 31 Mac
ii) 1 September hingga 30 September
SENARAI BIDANG CREDENTIALING BAGI PENOLONG PEGAWAI FARMASI [KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAHAJA] - KEMASKINI OGOS 2024
BIDANG AMALAN FARMASI
PERKHIDMATAN SEDIAAN FARMASEUTIKAL STERIL
BIDANG REGULATORI FARMASI
ANALISIS KIMIA FARMASEUTIKAL : TEKNIK KROMATOGRAFI
Syarat - Syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing Bagi Penolong Pegawai Farmasi (Bidang Pengkhususan Farmaseutikal Steril)
Syarat - Syarat Permohonan BAHARU Credentialing:
- Telah menamatkan kursus pos basik sediaan farmaseutikal dengan jayanya.
- Berkhidmat secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau berkhidmat secara separuh masa (atas panggilan) sekurang-kurangnya dua belas (12) kali dalam setahun (1 kali setiap bulan) dalam bidang yang dipohon dari tarikh tamat kursus pos basik.
- Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/pembentangan berkaitan bidang yang dipohon dalam tempoh satu (1) tahun selepas tamat kursus pos basik.
- Mengemukakan salinan jadual tugasan di unit pengeluaran farmaseutikal steril (bagi yang bertugas secara separuh masa “atas panggilan”).
- Mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ Ketua Jabatan dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).
Syarat - Syarat Permohonan PENGEKALAN Credentialing:
- Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
- Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon dalam tempoh tiga (3) tahun.
- Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/pembentangan setiap tahun untuk tempoh tiga (3) tahun Credentialing sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti.
- Mengemukakan dokumen sokongan termasuk jadual bertugas (bagi yang bertugas separuh masa) untuk tempoh tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
- Menghantar permohonan dalam jangkamasa 6 bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
- Mendapat sokongan daripada Ketua Unit/Ketua Jabatan Farmasi dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).
Syarat – Syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing Bagi Penolong Pegawai Farmasi (Bidang Analisis Kimia Farmaseutikal: Teknik Kromatografi)
Syarat - Syarat Permohonan BAHARU Credentialing:
- Terbuka kepada semua Penolong Pegawai Farmasi lantikan tetap di Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Telah berkhidmat melebihi tiga (3) tahun di makmal-makmal yang menjalankan ujian penganalisaan menggunakan teknik kromatografi.
- Penilaian LNPT minimum 85% bagi tiga tahun berturut-turut.
- Telah menjalani latihan sangkutan di makmal yang dilantik dan lulus dengan jayanya.
- Telah memulakan/menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh tamat latihan sangkutan.
- Mendapat sokongan daripada Ketua Seskyen/Ketua Pusat dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara.
Syarat – Syarat Permohonan PENGEKALAN Credentialing:
- Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
- Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon dalam tempoh tiga (3) tahun.
- Mengemukakan laporan tahunan sampel yang telah dianalisis minimum 50 sampel bagi 12 bulan.
- Menghantar permohonan dalam jangkamasa enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
- Mendapat sokongan daripada Ketua Seskyen/Ketua Pusat dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara.
Nota:
- Pegawai yang sedang atau akan bercuti belajar pada tahun semasa, diminta untuk memohon pengiktirafan Credentialing setelah tamat cuti belajar memandangkan terdapat kemungkinan pegawai tidak lagi ditempatkan bertugas di dalam bidang yang dipohon.
- Semua aktiviti ceramah/ pembentangan/ penerbitan perlu mengemukakan sijil yang disahkan sebagai bukti.
- Pegawai tidak layak menuntut mata CPD bagi pengiktirafan Credentialing yang diterima.
- Semua dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada:
Sekretariat Jawatankuasa Induk Credentialing Amalan Farmasi (JICAF)
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Lot 36, Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel. : 03 – 7841 3276