Pengumuman

LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) ini memaklumkan bahawa kontrak pembekalan label keselamatan hologram oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. telah dilanjutkan selama 6 bulan berkuatkuasa pada 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024. 

Pihak Industri boleh berhubung terus dengan pihak syarikat Techno Secure Print bagi sebarang urusan pembekalan label keselamatan hologram. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung isu label keselamatan hologram, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

Pelabelan Harga Ubat di Fasiliti Kesihatan KKM

Tahukah anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

Hargailah ubat anda

Elakkan pembaziran ubat

Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan Ke-12 2024

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan Ke-12 Tahun 2024 pada 19 - 21 Ogos 2024 di sekitar Lembah Klang atau Putrajaya. Tema persidangan kali ini Unity for Medicine Security: Collaborative Solutions for a Safer Future.

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024

Pada 28 & 29 Februari 2024, SIRIM QAS Sdn. Bhd telah melaksanakan audit pemantauan MS ISO 9001:2015 di Program Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (PPF IPKKM). Juru audit yang terlibat adalah Puan Kho Yeck Lan dan Encik Izzat Izwan bin Othman.

Registration : Tutorial for Qualifying Examination to Practice Pharmacy

For further information, kindly contact MyPSA Advocacy Officer at mypsa.adhoc@gmail.com

HEBAHAN SESI KONSULTASI BAGI PENGEMASKINIAN GARIS PANDUAN NATIONAL ANTIMICROBIAL GUIDELINE, 4TH EDITION"

Tujuan pelaksanaan konsultasi ini adalah untuk mendapatkan pandangan ahli profesional kesihatan terhadap garis panduan National Antimicrobial Guideline (NAG) yang telah dikemaskini kepada edisi keempat. NAG merupakan garis panduan yang penting dalam memastikan penggunaan antimikrob yang sesuai dalam rawatan penyakit berjangkit dan seterusnya mengawal kerintangan terhadap antimikrob.

Oleh itu, garis panduan ini telah dikemaskini untuk memastikan rawatan antimikrob yang disarankan adalah berasaskan bukti data klinikal terkini dan bersesuaian dengan situasi semasa.

PANDUAN PENGGUNA UNTUK MEMBUAT ADUAN HARGA UBAT

Anda ingin membuat aduan harga ubat tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkannya?

Halaman-halaman