Garis Panduan Latihan Sangkutan Jangka Pendek Pegawai Farmasi, Lantikan Preseptor dan Pusat Latihan dalam Bidang Pengkhususan Farmasi Klinikal & Teknikal

Garis panduan versi kedua ini telah dikemaskinikan pada 19 Oktober 2018 di mana terdapat penambahan 2 bidang baru yang diiktiraf oleh Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi (Bahagian A&P Farmasi), KKM iaitu MTAC Heart Failure dan Perkhidmatan Pendispensan Herba Perubatan Tradisional & Komplementari.

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan am mengenai prosedur-prosedur berkaitan dengan latihan sangkutan jangka pendek pegawai farmasi dalam bidang pengkhususan farmasi klinikal dan teknikal seperti berikut:

a) Permohonan menjalani latihan sangkutan

b) Pelaksanaan latihan echo

c) Permohonan pelantikan preseptor

d) Permohonan pelantikan pusat latihan

 

Semak senarai pusat latihan terkini

Kategori dokumen: 
Garis Panduan