Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Garis Panduan Penggunaan Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Tujuan Latih Amal Pelajar/Pelatih Pemberi Pendidikan Tinggi Tahun 2021
Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan rujukan oleh KKM serta PPT dalam dan luar negara bagi permohonan penggunaan fasiliti KKM bagi tujuan latih amal pelajar / pelatih.
Seiring dengan perkembangan bidang perubatan dan kesihatan, terdapat banyak PPT yang menyediakan program-program mengikut keperluan bidang tersebut di peringkat Sijil Pos Basik, Diploma, Ijazah, Sarjana dan Kedoktoran yang diiktiraf oleh Badan Profesional berkaitan atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ini menyebabkan KKM menerima banyak permohonan dari PPT bagi menempatkan pelajar / pelatih untuk menjalani latih amal di fasiliti KKM. Latih amal yang komprehensif dan teratur amat diperlukan bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten. Oleh itu, PPT perlu mencari tempat latih amal yang bersesuaian sama ada di hospital universiti, agensi kerajaan yang berkaitan, fasiliti swasta atau fasiliti KKM. Pihak KKM turut membantu dalam urusan permohonan dari PPT bagi penempatan pelajar / pelatih di fasiliti KKM tertakluk kepada kemampuan fasiliti tersebut. Sehubungan dengan itu, satu garis panduan yang komprehensif diperlukan sebagai panduan penggunaan fasiliti KKM oleh pelajar / pelatih PPT dari dalam dan luar negara. Penyelarasan yang sistematik perlu diwujudkan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
- 2819 bacaan