Berita

Ubat-ubatan Tidak Berdaftar Bernilai RM830,663 Dirampas di Seluruh Malaysia Sepanjang Operasi PANGEA VIII 2015

Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan 236 agensi penguatkuasaan lain dari 115 buah negara telah mengambil bahagian dalam satu operasi antarabangsa yang dijalankan dari 9 hingga 16 Jun 2015 untuk menangani rangkaian jenayah di sebalik penjualan ubat-ubatan melalui internet. Hasil operasi tersebut, sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM300.9 juta (USD 81.1 million) telah dirampas di seluruh dunia.

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015. 

Hari Farmasi Sedunia - 25 September 2014

Bertemakan "ACCESS TO PHARMACISTS IS ACCESS TO HEALTH".

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Majun Burung Unta

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAJUN BURUNG UNTA.

Pertandingan Mencari Ikon Sahabat Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedang mengadakan pertandingan bagi merekacipta ikon rasmi Sahabat Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka.  Ikon tersebut mestilah sinonim dan mudah dikaitkan dengan negeri Melaka, ubat-ubatan serta peranan Sahabat Farmasi sebagai agen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan ubat-ubatan.

Penyertaan dibuka dari 2 Jun 2014 sehingga 31 Julai 2014.

Ciptaan karya mestilah:

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2014 ialah 1 September 2014

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2014 ialah 1 September 2014.

Iklan yang Diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat

Ulasan Kepada Laporan Dalam Sinar Harian Bertarikh 9 Mac 2014 Bertajuk: Kulit Melecur Dipercayai Salah Ubat

Akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Mac 2014 melaporkan bahawa seorang anggota askar wataniah yang berumur 26 tahun telah dibawa oleh rakan setugasnya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada 1 Mac 2014 disebabkan badannya ditumbuhi bintik merah dan disyaki menghidap demam campak. Pesakit (anggota askar wataniah) ini diberikan ubat demam, vitamin dan ubat garam oleh doktor dari HTJ.

Wawancara Radio

Halaman-halaman