- Garis Panduan Latihan Sangkutan Pegawai Farmasi, Lantikan Preseptor dan Pusat Latihan dalam Bidang Pengkhususan Farmasi Klinikal atau Farmasi Klinikal dan Teknikal (Edisi 2025)
- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Carta Organisasi
- Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) Edisi Ketiga 2026
- Borang Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
Kategori berita:
Tarikh terbit:
Khamis, 27 Ogos 2026
- Permohonan Pembaharuan (Tahun 2027) Lesen/Permit di bawah Akta Racun 1952 melalui sistem My.Pharma-C 2.0 akan dibuka bermula 1 September 2026. Pemohon dinasihatkan mengemukakan permohonan pembaharuan lesen/permit sebelum 16 Disember 2026 bagi memastikan lesen/permit bagi tahun 2027 dapat diluluskan sebelum 1 Januari 2027.
- Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms.
- Pelesen yang memegang lesen/permit bagi tahun 2026 yang masih berkuat kuasa boleh membuat permohonan pembaharuan dengan log masuk ke akaun masing-masing dalam sistem My.Pharma-C 2.0. Klik pada [Menu Permohonan Lesen/Permit > Senarai Lesen/Permit > Senarai Permohonan > Butang Pembaharuan/Renewal] pada lesen/permit tahun 2026 yang telah diluluskan dalam akaun masing-masing dalam sistem untuk membuat permohonan pembaharuan lesen/permit termasuk fi permohonan.
- Sekiranya memerlukan panduan lanjut, pelesen boleh merujuk kepada Manual Pengguna Permohonan Pembaharuan serta Panduan Kemas Kini Profil Pengguna dan Tambah Premis yang disediakan di laman portal sistem My.Pharma-C 2.0.
- Permohonan pembaharuan lesen/permit hendaklah dikemukakan sebelum tamat tempoh lesen/permit tahun 2026, iaitu selewat-lewatnya 31 Disember 2026. Selepas tarikh tersebut, lesen/permit tahun 2026 akan tamat tempoh dalam sistem dan sebarang permohonan lesen/permit bagi tahun 2027 hendaklah dikemukakan sebagai permohonan baharu.
- Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh die-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my
Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.




