Berita

HEBAHAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI KKM 2021

Dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat KKM akan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan dari 1-30 September 2021.

Pautan borang soal selidik adalah seperti berikut: https://bit.ly/3koyHyt

Pautan tersebut hanya boleh diakses bermula 1 September 2021 hingga 30 September 2021.

Lawatan Kerja Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi ke Hospital Shah Alam

Pada 5 Mei 2021 yang lalu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi iaitu YBhg. Datin Dr. Faridah Aryani Binti Md. Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Shah Alam.

PENUTUPAN TAWARAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL FARMASI NUKLEAR DI JABATAN PERUBATAN NUKLEAR, HOSPITAL-HOSPITAL KKM UNTUK AHLI FARMASI SWASTA BAGI SESI APRIL 2021

TAWARAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL FARMASI NUKLEAR DI JABATAN PERUBATAN NUKLEAR, HOSPITAL-HOSPITAL KKM UNTUK AHLI FARMASI SWASTA BAGI SESI APRIL / 2021 TELAH DITUTUP

Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia Berhubung Tuntutan Pencegahan Atau Rawatan Covid-19

 

Sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk dijual secara sah di pasaran Malaysia. Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.


Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya.

Halaman-halaman